Make your own free website on Tripod.com

Adat Permulaan Bersawah


KEPERCAYAAN dan amalan yang berhubung dengan kehidupan telah meletakkan masyarakat Melayu di dalam lingkungan masyarakat yang berpegang kuat kepada adat. Adat permulaan bersawah adalah di antara adat yang diamalkan oleh orang Melayu pada zaman dahulu.

Tradisi dalam melaksanakan adat permulaan bersawah ini diamalkan oleh segolongan petani. Walau bagaimanapun tahap pengekalan adat ini agak berkurangan sekarang disebabkan teknologi dalam bidang pertanian telah dicipta oleh manusia.

Tahap pengamalan permulaan bersawah ini berbeza-beza dari setempat ke setempat. Cara perlaksanaan amalan ini juga berbeza-beza mengikut kehendak individu.

Adat permulaan bersawah ini biasanya diadakan apabila tiba musim bersawah. Amalan adat ini tidak dilakukan pada musim-musim lain. Lazimnya adat ini dilakukan apabila tiba musim menyemai anak padi di tapak semaian. Kekerapan melakukannya bergantung kepada kehendak individu yang melaksanakan kerja-kerja persawahan. Setiap keluarga lazimnya secara bersendirian melaksanakan adat ini. Kadang kala seorang petani terpaksa melaksanakan adat ini lebih daripada sekali. Hal ini tidak dapat dielakkan disebabkan tanah sawahnya tidak terletak di satu tempat. Sekiranya jarak sawahnya terlalu jauh, maka adat ini terpaksa dilakukan secara berasingan.

Kadang kala adat ini tidak dilakukan oleh individu, tetapi terdapat juga beberapa cara lain yang dilakukan yang dipercayai ada persamaan dengan kesejahteraan adat ini. Cara tersebut disebut 'pacak semaian' bagi orang di sebetah pantai timur.

Adat ini dilakukan disebabkan masyarakat dahulu berpegang kuat kepada adat dan kepercayaan terhadap sesuatu amalan. Kepercayaan tersebut pula disokong oleh sebab musabab yang tersendiri. Kononnya jika tidak dilakukan ķa akan mendatangkan mudarat kepada pertanian yang diusahakan.

Amalan ini diamatkan bertujuan untuk mendapatkan hasil yang baik daripada padi yang ditanam. Antara lain tujuan adat ini diamalkan ialah untuk memberi kesejahteraan kepada semangat padi agar ķa terus subur.

Selain itu adat ini diamalkan untuk menjauhkan gangguan oleh perosak tanaman padi. Adalah dipercayai dengan melaksanakan adat ini segala-galanya akan sempurna dan padi yang ditanam tidak akan terkena penyakit atau sebagainya.

Dari sudut lain, amalan adat ini diteruskan sebagai suatu temasya kemeriahan semasa mula turun ke sawah. Amalan ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di antara para petani yang sama-sama mengusahakan sawah.

Kepercayaan terhadap semangat padi juga merupakan perkara penting yang menyebabkan adat ini diteruskan oleh segolongan masyarakat petani. Semangat padi dikatakan menguasai pertumbuhan padi itu sendiri. Oleh itu semangat padi harus
dijaga dengan baik dengan mengadakan berbagai upacara tententu.


PERANAN PAWANG DAIAM ADAT PERMULAAN BERSAWAH

Pawang merupakan institusi yang penting di dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pawang bukan sahaja berperanan sebagai doktor tradisi yang mengubati orang sakit malah menjadi ketua dalam berbagai upacara adat yang dijalankan ditempatnya.

Dalam adat permulaan bersawah, pawang berperanan sebagai ketua upacara. Kerja persawahan dikira bermula semasa anak semaian dipindahkan dari tapaknya ke sawah. Dalam upacara ini pawang akan menentukan segala peralatan yang perlu bagi melaksanakan adat ini. Selain itu, pawang juga akan memberi khidmat nasihat berkaitan dengan hal-hal persawahan, misalnya hari pemulaan mengubah anak semaian dan sebagainya.


PERALATAN BAGI MELAKSANAKAN ADAT BERSAWAH

Beberapa peralatan diperlukan bagi tujuan melaksanakan permulaan bersawah ini. Antara peralatan yang perlu disediakan untuk melaksanakan adat ini ialah bertih, pulut kuning, sepiak pinang, segelas air, sebiji telur, upih pinang dan sebagainya.

Pada hari yang telah ditetapkan pawang akan datang ke rumah orang yang menjemputnya. Di sana pawang akan dihidangkan dengan juadah yang sewajarya. Apabila selesai makan, pawang akan melaksanakan adat bersawah ini.

Kesemua peralatan yang disediakan oleh tuan rumuh diletakkan ke dalam dulang. Dulang tersebut akan dibawa ke hadapan pawang dan dia akan menyambutnya. Seterusnva akan meneliti peralatan tersebut sama ada mencukupi atau tidak.

Setetah itu pawang akan mengambil sirih sekapur dan memahnya. Seterusnya pawang dan tuan rumah berserta para petani lain akan turun dari rumah menuju ke sawah.

Semasa di sawah pawang akan meletakkan dulang tersebut atas batas sawah dan di sanalah upacara tersebut dilakukan. Seterusnya pawang akan bersila di atas tikar dan mula menjampi peralatan yang telah disediakan.

Bersama-sama dengan upacara sajian adat ini, beberapa anak semaian padi juga diletakkan di hadapan pawang. Pawang akan mengambil bertih dan menaburkannya ke tapak semaian. Sekepal pulut kuning dimasukkan ke dalam upih pinang bersama peralatan yang lain dan dibawa ke sudut sawah, iaitu di tempat air mengalir. Di sana ķa akan dihanyutkan.

Setelah selesai melaksanakan upacara tersebut, pawang akan balik ke tempat di mana upacara diadakan dan mengambil segenggam anak semaian dan hujung daunnya dipotong. Semaian tersebut kemudiannya dijampi dan akhirnya akan ditanam ke tanah sawah oleh tuan rumah. Ada kalanya pawang sendiri yang akan melaksanakan kerja itu.

Apabila upacara ini selesai, pulut kuning yang dibawa bersama akan dimakan oleh para hadirin. Selepas itu para petani secara bengotong royong turun sama-sama ke sawah.


HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SAWAH

Dalam melaksanakan adat ini, beberapa perkara lain perlu dilaksanakan juga supaya ķa akan memberi manfaat kepada petani. Misalnya apabila padi dimakan ulat, maka satu ikhtiar dilakukan seperti meletakkan isi bebola yang dikapit dengan buluh gading di punca air di kepala batas. Adalah dipercayai jika perkara ini dilakukan, maka penyakit tersebut tidak akan merebak.

Selain itu, beberapa petua patut dipatuhi supaya padi yang ditanam kelak tidak diusik oleh burung atau dirosakkan oleh binatang liar seperti babi dan lain-lain.

Perkara yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh melaung atau bersorak pada peringkat mula menyemai anak semaian. Apabila padi telah boleh dituai, maka diadakan pula sedikit jamuan. Jamuan ini dikenali sebagai 'jamu beras baru' atau kadang kala disebut 'makan emping'. Pawang sekali lagi dijemput dan dia diberi penghormatan di majlis itu.