Adat Bertindik


    ADAT ini biasanya dilakukan sewaktu anak itu masih kecil, iaitu bagi anak perempuan yang berumur enam tahun ke atas. Ada juga yang bertindik ketika berusia lebih muda, iaitu ketika diadakan adat bercukur, tetapi ini jarang dilakukan.

    Subang dianggap hiasan istimewa untuk kaum wanita. Sebelum seseorang dapat memakai subang, terlebih dahulu mereka dikehendaki menindik lubang pada copeng telinga kerana subang dipakai dengan cara dicucukkan ke lubang pada copeng teinga.

    Memakai hiasan pada telinga tidak terhad kepada kaum wanita tertentu sahaja. Ia disukai oleh ramai wanita daripada berbagai golongan. Golongan muda-mudi lebih meminati anting-anting yang diperbuat daripada plastik, logam, emas dan sebagainya.

    Bertindik telinga bukan sahaja diamalkan di kalangan Melayu bahkan boleh dikatakan kaum-kaum lain seperti India dan Cina juga meminatinya. Kini terdapat golongan muda-mudi yang menindik di beberapa bahagian pada copeng telinga mereka. Lubang-lubang pada copeng telinga akan tertutup semula jika dibiarkan tanpa memakai subang. Terdapat pelbagai reka bentuk hiasan telinga. Ada yang menggunakan berbagai-bagai logam dan batu permata.

PROSES BERTINDIK

    Proses bertindik dilakukan oleh orang yang mahir tentang cara mencucuk jarnm pada copeng telinga. Pada zaman silam perbuatan ini dilakukan dengan menggunakan sebatang jarum yang dicucukkan ke copeng telinga. Benang sepanjang 2 cm dimasukkan ke tempat cucukan melalui lubang yang dibuat. Kemudian kedua-dua hujungnya disimpul supaya tidak tercabut. Selepas tempat cucukan itu keringa, benang ditarik keluar. Apabila benang ditarik keluar, sepasang subang bulat dicucukkan ke lubang tersebut. 

    Kini proses bertindik boleh dilakukan di kedai-kedai emas. Mereka menggunakan alat seperti pistol kecil dan ditembakkan pada copeng telinga berserta dengan subangnya sekali.


Bertindik Telinga Secara Tradisi

    Untuk menindik telinga suatu masa yang baik ditentukan. Hari yang baik melakukan upacara ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari yang dinyatakan dipercayai membawa berkat kepada mereka yang melakukan upacara tersebut.

    Sebelum upacara ini dilakukan, seorang tukang tindik dijemput. Setelah mendapat persetujuan, beberapa kelengkapan disediakan. Kelengkapan yang diperlukan termasuklah jarum tindik, sirih pinang, limau nipis, bertih serta pulut kuning bersama dengan sebiji bunga telur. Selain itu segelas air dan batang kemuncutjuga perlu disediakan.

    Upacara ini dilakukan apabila matahari telah meninggi. Apabila semua peralatan telah disediakan, tradisi memandikan si gadis yang akan ditindik ini dilaksanakan. Air sebaldi digunakan untuk bersiram. Di dalam air tersebut dimasukkan bunga-bunga tempatan, sepenti bunga cina, bunga kenanga, bunga melur dan sebagainya (sekurang-kunangnya tiga jenis bunga). Selain itu, sedikit daun pandan digunakan untuk mewangikan air tensebut (daun pandan yang telah dijadikan bunga rampai). Selepas itu si gadis akan duduk bertimpuh (bersila) di atas lantai. Kemudian air bunga yang telah dijampi akan dimandikan kepada si gadis. Cara bersiram tersebut dimulakan dari hujung kaki kemudian diikuti ke bahagian atas anggota badan.

    Setelah selesai upacara bersiram, si gadis akan dikenakan pakaian tempatan (baju tradisi seperti baju kurung dan sebagainya). Kemudian si gadis disuruh bertimpuh sekali lagi di hadapan tukang tindik, iaitu di hadapan peralatan yang disediakan. Tukang tindik atau wakilnya akan menyuapkan sekepal pulut kepada gadis tersebut. Sirih pinang yang telah disediakan diambil dan dijampi kemudian dihulurkan pada si gadis untuk dimakan (sekiranya si gadis tidak makan pinang, memadailah dengan menerina sahaja dan dikembalikan).

    Seterusnya tukang tindik akan memegang telinga si gadis dan dijampi. Kemudian diambil jarum dan ditusuk (cucuk) ke telinga kanan dan kemudian diikuti telinga kiri. Setiap lubang tindik akan dimasukkan batang kemuncut supaya apabila ia sembuh lubang itu tidak akan tertutup.
Setelah upacara menindik telinga selesai doa selamat dibacakan. Selepas itu para tetamu dihidangkan dengan jamuan. Setelah selesai jamuan makan selesailah upacara adat menindik telinga dijalankan.

back