Make your own free website on Tripod.com

Adat Menyambut Kelahiran

 

    DALAM Islam disyariatkan beberapa perkara yang disunatkan sewaktu menyambut kelahiran seseorang anak. Kesemua adat yang dilakukan adalah mengikut tatacara didalam Islam

AZAN DAN IQAMAT

    Menurut amalan orang Islam bayi yang baru dilahirkan sunat diazankan bagi anak lelaki dan diiqamatkan pula bagi anak perempuan. Ini dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan setelah tali pusatnya dipotong dan bayi dibersihkan. Kini kebanyakan orang bersalin di hospital. Oleh yang demikian azan dan iqamat dilakukan secepat mungkin selepas dibenarkan melihat bayi yang baru dilahirkan. Azan dan iqamat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, misalnya bapa kepada bayi tersebut orang yang tertua dalam sesebuah keluarga. Azan dan iqamat didengarkan pada telinga bayi adalah membolehkan bayi mendengar nama Allah sebelum mendengar sesuatu yang lain. Amalan ini juga bertujuan untuk menghalau jin dan syaitan daripada menghampiri bayi tersebut.

     Setelah bayi yang baru lahir diazan atau diiqamatkan, dibacakan pula surah Al-Qadar pada telinga kanannya.  

 

MELAKUKAN TAHNIK ATAU MEMBUKA MULUT

 

    Apabila seseorang bayi dilahirkan, selain daripada azan dan iqamat, Islam juga menuntut supaya dilakukan 'tahnik' atau 'membuka mulut' dengan buah tamar. Isi buah tamar diambil sedikit dengan jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi dan secara perlahan-lahan gosokkan ke seluruh mulut bayi. Jika sukar untuk mendapat buah tamar, ia boleh digantikan dengan apa sahaja yang manis, misalnya manisan lebah atau air gula. Amalan ini dilakukan sebelum bayi diberikan susu.

 

MENANAM URI

 

    Apabila seseorang ibu itu bersalin, uri yang keluar bersama-sama bayi tidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri tersebut mestilah dibasuh bersih-bersih. Cara mengurus dan menanam uri adalah seperti bedkut:

    Uri tidak boleh ditanam tepat pada jam 12.00 tengah hari, kerana nanti anak itu keras hati dan degil.

    Uri biasanya ditanam di pintu jalan atau di tepi jalan bersama asam, garam, jarum, buku dan pensel supaya anak itu rajin

    Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak ini menjadi lambat.

    Sewaktu menanam uri, tidak boleh dilindung bayang kerana dipercayai hati anak akan gelap atau dia akan susah belajar.

    Selepas menanam uri, dilarang menoleh ke belakang kerana dikhuatiri nanti mata anak menjadi juling.

MEMBERI NAMA ANAK  

    Setelah anak selamat dilahirkan para ibu bapa akan memberikan nama untuk pengenalan dan panggilan kepada anak tersebut. Nama dapat membezakan antara seorang anak dengan yang lain. Adalah sunat bagi seorang Islam memilih nama-nama yang baik atau membawa maksud yang baik untuk anak-anak mereka.

     Nama bayi yang baru lahir diberi secepat mungkin untuk daftarkan. Bagi anak yang dilahirkan di hospital pendaftaran dibuat sebelum bayi serta ibunya dibawa pulang ke rumah. Bagi anak yang dilahirkan di rumah, namanya didaftarkan di balai polis.  

     Panduan memilih nama anak mengikut Islam adalah seperti berikut:

Nama yang baik dan cantik yang membawa maksud dan pengertian yang baik.

    Nama-nama yang makruh dijadikan nama bagi seseorang anak ialah Berkat, Ghanimah, Nafi', Yasar, Himar, Sittun-Nas, Sittul-Arab dan sebagainya. Jauhi daripada mengambil nama yang pelik atau cemar.

    Jauhi daripada memberikan nama yang buruk dan boleh menjejaskan kehormatan atau yang boleh menjadi sendaan orang.

    Orang Islam juga ditegah mengguna nama yang haram seperti Abdul Uzza, Abdul Ali, Abdul Kaabah, Abdul Ati, Abdul Nabi, Abdul Hasan, Abdul Al, Malikul Muluk, Jarullah, Abil Qasim dan sebagainya.

    Jauhi juga nama yang boleh membawa kepada kesamaran nama atau menyerupai nama orang bukan Islam.

 

MENCUKUR RAMBUT BAYI

     Mencukur rambut sunat dilakukan kepada bayi yang baru dilahirkan. Upacara ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari yang selepas bayi dilahirkan. Kemudian disunatkan bersedekah perak atau emas, iaitu seberat timbang rambut yang dicukur

pada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu demikian, maka digantikan dengan wang dan sebagainya.

     Terdapat beberapa hikmat mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan. Dari segi kesihatan ia boleh menguatkan pertumbuhan rambut dan menghilangkan selaput kulit kepala. Selain itu mencukur rambut juga memberikan ketajaman penglihatan mata, pendengaran dan deria bau.

     Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara ini ialah air zam-zam sebentuk cincin emas, sebentuk cincin perak, sedikit gula baru, garam dan kismis. Kesemua bahan ini diletakkan di dalam dulang.

     Biasanya upacara ini dilakukan pada pagi hari Jumaat. Kenduri kecil diadakan terlebih dahulu diikuti bacaan doa selamat.

     Selepas menjamu selera semua sanak saudara dan sahabat handai yang hadir akan mendukung bayi bergilir-gilir mengelilingi tetamu. Bahan-bahan yang disediakan tadi diletakkan dekat bayi. Seorang bidan atau pawang dijemput untuk mengetuai upacara ini.

     Rambut bayi akan dipotong sedikit demi sedikit pada bahagian depan dan belakang. Rambut yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam air zamzam. Bagaimanapun ada sesetengah kes rambut bayi dicukur semua.

  

AKIKAH

     Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih binatang ternakan seperti kambing, kibas, lembu atau unta sebagai akikah bagi anak yang baru dilahirkan. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Oleh itu akikah

dilakukan berulangan bagi setiap kelahiran anak.

Syarat-syarat akikah adalah seperti berikut:

2 ekor kambing atau kibas bagi seorang anak lelaki.

1 ekor kambing atau kibas bagi seorang anak perempuan.

1 ekor lembu atau unta dibahagikan kepada tujuh bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan Satu bahagian bagi anak perempuan.

 

    Akikah juga sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran seseorang anak. Biasanya ia dilakukan bersama upacara bercukur rambut. Kadang kala nama anak juga diberi pada hari ketujuh serentak  dengan akikah dan mencukur rambut. Akikah boleh juga dilakukan pada hari yang lain, iaitu pada mana-mana hari yang berkelapangan bagi seseorang.

     Syarat umur haiwan yang dipilih untuk dilakukan akikah adalah seperti berikut:

1. Kambing atau biri-biri berumur dua tahun atau lebih.

2. Lembu atau kerbau berumur dua tahun masuk tiga tahun.

3. Unta berumur lima tahun masuk enam tahun.

4. Kibas berumur Sam tahun ke atas.

    

    Haiwan yang dipilih tidak ada sebarang kekurangan atau kecacatan. Daging akikah sunat disedekah yang sudah bermasak atau dikendurikan. Tulang-tulang binatang yang disembelih hendaklah dipotong mengikut sendi-sendinya dan tulang-tulangnya tidak boleh dipecahkan.

    Selepas selesai kenduri, maka tulang-tulang binatang yang disembelih itu hendaklah dikumpulkan. Kemudian tulang-tulang tersebut ditanam pada satu tempat.

Hikmah akikah adalah seperti berikut:

1. Sebagai pengisytiharan atau pengumuman kepada orang ramai bahawa Allah telah memberi nikkmat dan pengurniaan kepada hamba-Nya, iaitu anak yang baru lahir.

2. Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas kurniaan Allah.

3. Sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi itu.

4. Mengambil sempena dengan sembelihan itu.

 

ADAT NAIK BUAIAN  

    Adat naik buaian adalah suatu adat yang masih diamalkan oleh sesetengah orang. Adat ini selalunya dilakukan selepas upacara mencukur rambut bayi, iaitu pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Adat ini kadang kala dilakukan juga semasa upacara tamat pantang ibu selama 44 hari.

     Walaupun kini kebanyakan orang menggunakan buaian moden namun untuk menjalankan adat ini buaian yang menggunakan kain sarung, iaitu kain batik disediakan. Buaian tersebut dihiasi dengan bunga-bungaan yang' diperbuat daripada kertas bunga. Sebelum bayi dimasukkan ke dalam buaian dibacakan doa selamat terlebih dahulu. Selepas itu diadakan majlis marhaban pula. Biasanya yang terlibat ialah kaum wanita.

     Seterusnya bayi ini dimasukkan ke dalam buaian oleh datuk atau neneknya. Buaian itu akan diayun perlahan-lahan dan majlis marhaban diteruskan lagi. Sebelum majlis berakhir, tetamu dihidangkan dengan pulut kuning atau bubur kacang. Mereka mengambil bahagian dalam majlis tersebut akan diberikan sebiji bunga telur.

 

UPACARA TAMAT PANTANG  

    Upacara tamat pantang ibu biasanya diadakan pada hari yang ke-44 selepas selamat melahirkan anak. Masa ini dikenali juga sebagai masa dalam pantang. Dalam tempoh tersebut makanan serta kesihatan ibu dijaga dengan rapi. Semasa dalam pantang seseorang ibu dikenakan pelbagai pantang bukan sahaja makanan bahkan juga tatatertib ibu tersebut. Ibu tersebut juga dilarang keluar rumah terutama sekali pada waktu senja. Ini disebabkan badan tersebut masih lemah.

    Untuk menamatkan pantang biasanya diadakan majlis tamat pantang. Kaum keluarga dan sahabat handai dijemput ke majlis tersebut. Dalam majlis tersebut disediakan pulut kuning dengan rendang ayam atau daging berserta kuih-muih yang lain.

    Sebe1um jamuan dimulakan dibacakan doa selamat terlebih dahulu. Selepas itu barulah juadah disajikan kepada para tetamu yang hadir dalam upacara tersebut.

    Dengan itu, maka tamatlah pantang bagi seseorang ibu yang baru melahirkan anak. Upacara ini biasanya diadakan hanya bagi anak yang sulung sahaja.

 

ADAT MIMIJAK TANAH 

    Adat memijak tanah masih diamalkan oleh sesetengah orang yang masih berpegang teguh kepada adat. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Mereka berpendapat, sebelum anak itu dibenarkan memijak tanah di halaman rumahnya atau tempat-tempat lain, dia hendaklah terlebih dahulu dimesrai dengan tanah.

     Umumnya, adat ini dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri atau Ha˝ Raya Haji, iaitu sehari selepas perayaan ltu. Ada juga yang mengadakannya sempena hari pcrkahwinan atau pertunangan anak saudara. Tetapi ada juga yang mengadakan kendud khas untuk upacara itu.

    Bahan-bahan yang diperlukan ialah seketul tanah kering, besi (biasanya kacip atau pisau), timah atau tembaga (duit syiling), beras kunyit dan sedikit kuih wajik. Bagi orang yang berada kuih-kuih seperti bahulu dan dodol juga dihidangkan.

     Majlis biasanya dimulai oleh orang yang rapat tali persaudÓraannya dengan bayi itu, misalnya datuk atau bapa saudaranya. Ini untuk mengelakkan bayi itu menangis jika didokong oleh orang yang tidak dikenalinya.

     Bayi itu diampu dan telapak kakinya dicecahkan ke atas ketul tanah serta peralatan-peralatan lain yang diletakkan di dalam dulang. Kemudian bayi itu diserah kepada orang kedua dan seterusnya untuk melakukan upacara yang sama.

     Di kalangan istana, adat ini dilakukan secara besar-besaran. Di Negeri Sembilan, adat memijak tanah hanya boleh dilakukan oleh Empat Orang Istana sahaja, iaitu Datuk Seri Amar Diraja, Datuk Raja Diwangsa, Datuk Akhir Zaman dan Datuk Penghulu Dagang. Mereka inilah yang memelihara anak raja dalam istana sejak zaman Almarhum Yang Dipertuan Besar Keempat Negeri Sembilan.

     Adat ini didahului dengan membaca selawat ke atas nabi Muhammad diikuti menepung tawar kedua-dua telapak kaki bayi itu. Kemudian kaki bayi itu dijijakkan di atas emas, perak, tembaga dan akhir sekali atas tanah kering yang diletakkan di dalam dulang.

ę