Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SELAMAT TAHUN BARU 2003

 

Selamat Datang ke "Laman Web SK Kamil 3 Pasir Puteh Kelantan " – http://kamiltri.tripod.com .Pelancaran Rasmi Laman Web ini pada pagi Rabu, 8 Ogos 2001 menandakan titik permulaan SK Kamil 3 melangkah ke Alam Informasi Teknologi Maklumat ( ICT ) sebagai menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membawa mutu pendidikan di Malaysia ke taraf dunia.(World Class Education)

Walaupun penubuhan LamanWeb ini baru berusia setahun jagung, namun beberapa kejayaan yang besar telah dicapai khasnya untuk tahun 2002. Antaranya ialah Johan Lamanweb peringkat Negeri Kelantan anjuran JPN Kelantan dan juga Johan Inovasi LamanWeb PSPN anjuran PSPN Negeri Kelantan.

 
           
Dengan adanya" Laman Web SK Kamil 3 " ini, adalah diharapkan SK Kamil 3 mulai dikenali di seluruh Malaysia khasnya dan di serata dunia amnya melalui jaringan internet. Hasrat pihak sekolah dan PIBG ialah dengan pelancaran Laman Web SK Kamil 3 ini, ianya mampu menarik minat para pelajar dan juga para pendidik mendalami pengetahuan berhubung dengan Teknologi Maklumat melalui penubuhan Pusat Sumber Multimedia. 

 

Penubuhan Pusat Sumber Multimedia yang lengkap dengan komputer dan kemudahan Teknologi Pendidikan lain adalah bertujuan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berasaskan komputer di kalangan semua guru dan murid sekolah ini nanti,apatah lagi sekolah ini telah dicalonkan sebagai "Sekolah Harapan Negara" untuk tahun 2002.

 

Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah dan PIBG sangat mengalu-alukan sumbangan kepakaran, perkakasan, perisian serta kewangan daripada ibu bapa, para dermawan, tokoh-tokoh koperat malahan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Derma dan sumbangan ikhlas anda semua kepada sekolah adalah sangat-sangat diharapkan dan dihargai.Sampaikanlah dan hulurkanlah sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan dan rasa berterima kasih kepada pihak sekolah, kerana tanpa pendidikan asas, kita tidak dapat melangkah lebih jauh ke hadapan.

 

Akhirkata, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Kamil 3 dan juga pihak yang telah memberi sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung khasnya  bagi melaksanakan penubuhan serta Pelancaran "Laman Web SK Kamil 3" Pasir Puteh, terutama kepada Webmaster saudara Wan Sabri b Hj Wan Abdullah yang bekerja keras bagi menjayakan program ini.. Sesungguhnya tanpa sokongan semua pihak, hasrat ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya mendoakan agar SK Kamil 3 akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang.  
Sekian, terima kasih.  

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA  

Saya yang menurut perintah,  

MOHAMED RUSLI B AWANG MAT  
Guru Besar SK Kamil 3,  
16800 Pasir Puteh,  
Kelantan