Bahasa Melayu Tahun 4

 

       Nama:________________                          Tarikh:_________

 

     Tajuk Karangan : Pada hari minggu yang lalu anda bersama rombongan

     sekolah anda telah pergi melawat ke Pesta Buku Kelantan.Ceritakan

     pengalaman anda dari awal hingga akhir.

 

         Melawat ke sesuatu tempat menarik amat  penting bagi kita.

     Dengan melawat ke sesuatu tempat yang menarik,ia akan

     memberi satu pengalaman baru untuk kita. Jauh perjalanan luas

     pengalaman.

 

         Pada hari Jumaat yang lalu, saya bersama rombongan sekolah

     saya telah pergi melawat ke Pesta Buku Kelantan di Kota Bharu.

     Rombongan sekolah kami seramai 97 orang dengan diiringi oleh

     14 orang guru. Kami pergi dengan menaiki bas sekolah yang telah

     disewa khas.

 

         Kami bertolak dari sekolah lebih kurang pada pukul 8.30 pagi.

     Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang

     dapat kami saksikan pemandangan indah dan menarik di sepanjang

     kiri kanan jalan.Keadaan di jalan raya amat sibuk sekali .

 

         Kami sampai ke tempat pamiran buku lebih kurang pada pukul

     9.30 pagi. Keadaan disitu amat sesak sekali dengan pelajar

     sekolah. Saya dapat anggarkan keramaian pelajar sekolah lebih

     1500 orang. Saya sempat juga memilih dan membeli beberapa buah

     buku kerja sekolah.Harganya amat berpatutan.

 

         Selepas melawat ke pesta buku, kami pun beredar ke Pantai Tujuh

     Tumpat untuk makan tengah hari. Keadaan di situ juga amat menarik

     sekali. Keadaan pantainya amat indah sekali. Di situ ada kedai,

     musalla dan juga tempat permainan kanak-kanak.

 

          Selepas selesai makan, kami berehat sekejap dan selepas itu

     kami pun beredar untuk pulang.Kami sampai di sekoalh lebih kurang

     pada pukul 5.00 petang dengan rasa amat puas sekali.Sesungguhnya

     pengalaman itu amat penting sekali untuk kita.

 

     Jawab soalan-soalan dibawah.

     1. Kemanakah "saya" pada hari minggu yang lalu ?

        _____________________________________________________________

     2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke Pesta Buku ?

        ____________________________________________________________

     3. Bagaimanakah keadaan di tempat Pesta Buku ?

        ____________________________________________________________

     4. Apakah faedah yang kita dapat dengan melawat ke Pesta Buku?

        ____________________________________________________________

     5. Kemanakah "saya" selepas melawat ke Pesta Buku ?

        ___________________________________________________________

     6. Mengapakah dikatakan pantai itu sungguh cantik ?

        ___________________________________________________________

     7. Bagaimanakah perasaan anda setelah melawat ke Pesta Buku itu?

        ___________________________________________________________