Sekolah Kebangsaan Kamil 3 Pasir Puteh

                               

 

         Nama:____________________  Tahun:_______     Tarikh:_________

 

         AIR HITAM, Rabu  - Murid Tahun 4 Sek.Keb.Jerlun, Amir Said,

         11 tahun telah dimasukkan ke hospital Alur Setar kerana

         menghidap penyakit taun.

 

             Menurut peagawai perubatan hospital tersebut,Dr Mamat pada

         mulanya Amir mendapat rawatan di Klinik Air Hitam. Dia dibawa oleh

         ayahnya ke klinik itu setelah didapati muntah-muntah dan

         cirit birit.

 

             "Saya diberitahu oleh Encik Said bahawa anaknya muntah-muntah

         dan cirit birit selepas makan mi rebus di warung yang berdekatan

         dengan rumahnya.Air sungai yang cemar mungkin digunakan untuk

         merebus mi itu," Kata Dr.Mamat.

 

              Dr.Mamat berkata kes itu tersebut adalah yang kedua sejak

         berlaku kemarau di negeri itu sejak dua bulan yang lalu. Dalam

         kes yang pertama seorang lelaki tua telah meninggal dunia

         setelah seminggu mengidap penyakit tersebut.

 

              Dr. Mamat menggesa orang ramai mendapatkan rawatan dengan

         segera jika mereka mengalami tanda-tanda dijangkiti kuman taun.

 

              "Sebaik-baiknya gunalah air bersih yang dibekalkan oleh pihak

         Jabatan Bekalan Air (JBA) sepanjang musim kemarau ini.Air sungai

         atau pun air perigi dapat digunakan juga ,tapi hendaklah dimasak

         terlebih dahulu sebelum diminum" ujarnya lagi.

 

         Beri ERTIKATA yang bergaris.

 

        1. Air Sungai untuk merebus mi itu cemar.

           ____________________________________________________________

 

        2. Kes adalah yang kedua berlaku sejak berlakunya musim kemarau.

           ____________________________________________________________

 

        3. Dr.Mamat menggesa orang ramai segera mendapatkan rawatan.

           ___________________________________________________________

 

        4. Dr.Mamat juga meminta orang ramai menggunakan air yang dibekalkan

           oleh kerajaan.

           ___________________________________________________________

 

        5. Air perigi dapat digunakan tetapi mestilah dimasak terlebih

           dahulu.

           ___________________________________________________________