Make your own free website on Tripod.com

 

 
SURAT TIDAK RASMI
 
   naim sauqi bin haji sulaiman
   25 kampung sungai bari
   wakil pos sungai tong  21500
   kuala terengganu terengganu 
   03 januari
   1995
 
 
 
  menemui saudara taufiq yang diingati semoga berada dalam
  kandungan sihat sejahtera   saudara
 
  saya percaya saudara telah selamat sampai ke negeri
  di bawah bayu   bagaimana keadaan dinegeri sabah adakah
  sama keadaannya dengan disemenanjung malaysia pada satu
  waktu nanti saya harap saya dapat pergi kesana selama
  ini saya tahu serba sedikit tentang sabah melalui pemba-
  caan dan televisyen sahaja
 
 
  keluarga saudara bagaimana sudahkah bapa saudara
  memulakan tugas baru di sana tentu saudara sudah menda-
  pat kawan-kawan baru tidak lama lagi pandailah saudara
  bercakap dalam beberapa bahasa disabah tetapi jangan-
  lah lupa kepada saya dan kawan-kawan di sini
 
 
  kalau saudara ada waktu selalulah menulis kepada
  saya saya ranjit chan dan kamal terasa betul akan ke-
  tiadaan saudara
 
 
  setakat ini dahulu isi surat saya pada waktu lain
  saya akan menulis lagi sehingga itu sampaikan salam sa-
  ya sekeluarga kepada keluarga saudara khususnya bapa dan
  ibu saudara
 
 
  wassalam
 
 

 

  naim sauqi bin haji sulaiman

Tulis semula karangan dengan tanda bacaan yang betul