Soalan 1 - 5

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

 

                Setiap orang mempunyai hobinya sendiri. Ada orang yang suka mengumpul setem , melukis , menanam pokok bunga , memancing ikan atau mendengar muzik pada masa lapangnya.

 

                Hobi  Azman ialah membaca buku. Ibu bapanya membeli berbagai jenis buku untuknya. Azman suka pergi ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku. Dia dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalamannya daripada buku-buku yang dibacanya. Di sekolah , dia juga rajin membaca buku-buku pelajarannya. Cikgu Amran selalu memuji Azman kerana dia seorang budak yang rajin dan pandai menggunakan masa.

 

1.     Apakah hobi Azman ?

                A.  Mendengar muzik

                B.  Mengumpul setem

                C.  Membaca buku

                D.  Memancing ikan

 

2.     Ke manakah Azman pergi untuk meminjam buku ?

                A.  Pejabat Pos

                B.  Rumah kawannya

                C.  Kedai

                D.  Perpustakaan

 

3.     Siapakah yang membeli berbagai-bagai jenis buku untuk Azman ?

                A.  Kakaknya       

                B.  Ibu bapanya

                C. Cikgu Amran

                D. Ibu bapa dan Cikgu Amran

 

 

4.     Di antara kenyataan-kenyataan berikut , yang manakah TIDAK BENAR ?

A.    Azman dapat menambah ilmu pengetahuan melalui membaca.

B.    Ada orang yang memancing ikan pada masa lapangnya.

C.    Azman selalu dimarahi oleh gurunya.

D.    Azman rajin membaca buku-buku pelajarannya.

 

5.     Mengapakah Cikgu Amran selalu memuji Azman ?

A.    Kerana dia suka menanam pokok bunga pada masa lapangnya.

B.    Kerana dia membeli berbagai jenis buku untuk ibu bapanya.

C.    Kerana dia selalu pergi ke perpustakaan untuk mengambil buku.

D.    Kerana dia seorang budak yang rajin dan pandai menggunakan masanya

 

Soalan 6 - 10

Baca pantun di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

                                Budak-budak berkejar-kejar ,

                                Rasa gembira bermain di sana ,

                                Kalau kita rajin belajar ,

                                Tentu kita akan berjaya .

 

                                                                Anak Siti anak yang manja ,

                                                                Suka berjalan di atas titi ,

                                                                Orang yang malas hendak bekerja ,

                                                                Pasti akan menyesal satu hari nanti .

 

                                Jangan pergi mandi di lombong ,

                                Emak dan kakak sedang mencuci ,

                                Jangan suka bercakap bohong ,

                                Semua kawan akan membenci .

 

                                                                Buah cempedak bentuknya bujur ,

                                                                Sangat disukai oleh semua ,

                                                                Jika kita bersikap jujur ,

                                                                Hidup kita dipandang mulia .

 

6. Apakah jenis  pantun di atas ?

                A.  Pantun Jenaka

                B.  Pantun Teka-teki

                C. Pantun Nasihat

                D. Pantun kasih sayang

 

7.     Mengapakah kita mesti rajin belajar ?

A.    Supaya kita dapat rasa gembira bermain di sana.

B.    Supaya kita akan berjaya di dalam kehidupan kita.

C.    Supaya kita boleh mandi di lombong.

D.    Supaya kita dapat berkejar-kejaran dengan budak-budak itu.

 

8.       Orang yang suka bercakap bohong akan menerima akibat berikut KECUALI .............

A.     mereka tidak akan mempunyai ramai kawan.

B.      mereka akan dibenci oleh kawan-kawan mereka.

C.      mereka akan dihormati oleh orang-orang lain.

D.      mereka tidak akan disukai oleh orang-orang lain.

 

9.     Siapakah yang akan menyesal pada masa hadapannya ?

                A.  Orang yang rajin belajar.

                B.  Orang yang bersikap jujur.

C.    Orang yang tidak bercakap bohong.

                D.  Orang yang malas bekerja.

 

10.    Pilih perkataan yang berlawan dengan  ‘bercakap bohong’ .

                A.  bercakap banyak

                B.  bercakap benar

                C.  bercakap kasar

                D.  bercakap secara sopan

 

 

Soalan 11 - 15

Baca surat kiriman di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

 

28, Jalan Pasar,

30000 Ipoh ,

Perak.

22hb. April 1996

Yang diingati sahabatku Swee Lan , semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Saudari Swee Lan ,

                Saya telah sampai di rumah saya dalam keadaan selamat.  Saya harap saudari dan keluarga berada di dalam keadaan sihat semuanya.

 

                Peristiwa-peristiwa yang menarik pada masa saya bersama saudari , tidak dapat saya lupakan. Tempat-tempat yang telah kita lawati , sentiasa menjadi ingatan kepada saya ; contohnya Zoo Negara dengan binatang-binatang liar yang saya belum pernah lihat dan Muzium Negara dengan barang-barang purba yang menarik hati. Begitu juga dengan Tugu Peringatan Negara yang mengingatkan kita kepada pahlawan-pahlawan yang terkorban kerana mempertahankan negara. Saya juga berasa bangga melihat Bangunan Parlimen , tempat-tempat pemimpin negara bermesyuarat.

                Pada cuti penggal yang akan datang ini , saya bercadang hendak ke Terengganu pula. Saya harap saudari dapat ikut bersama. Di sana kita dapat melihat kampung nelayan dan cara-cara nelayan menangkap ikan.

 

                Sekian sahaja , saya sudahi dengan salam hormat kepada saudari dan keluarga.

 

Sahabatmu,

Hamidah .

Hamidah      

11. Penulis surat ini tinggal di ..............

                A.  Terengganu

                B.  Kampung Nelayan

                C.  Kuala Lumpur

                D.  Ipoh

 

12.    Tujuan utama Hamidah menulis surat ini ialah untuk ..........

A.     memberi salam hormat kepada Swee Lan sekeluarga

B.      memberitahu Swee Lan bahawa dia telah sampai dirumahnya dengan selamat

C.      menyatakan rasa gembira dan bangganya setelah melawat tempat yang menarik                                     di Kuala Lumpur dengan Swee Lan

D.      bertanyakan khabar Swee Lan dan keluarganya

 

13.    Apakah yang akan dapat dilihat oleh Hamidah pada cuti penggal yang akan datang itu ?

                A.  Binatang-binatang liar di Zoo Negara.

B.      Tempat pemimpin-pemimpin negara bermesyuarat.

C.      Kampung nelayan dan cara-cara nelayan menangkap ikan.

D.      Tugu Peringatan Negara dan Muzium Negara.

 

14.    Maksud yang sesuai sekali untuk rangkaikata ‘barang-barang purba’ ialah ........

                A.  barang-barang lama yang telah rosak

B.      barang-barang  yang telah digunakan pada zaman dahulu

                C.  barang-barang emas yang dihormati

D.      barang-barang yang digunakan oleh raja-raja dan keluarga mereka

 

15.    Pilih kenyataan yang BENAR di antara kenyataan-kenyataan di bawah ?

A.     Swee Lan dan keluarganya tinggal di Ipoh , Perak.

B.      Swee Lan tidak dapat melupakan lawatan-lawatannya ke tempat yang menarik di Kuala Lumpur.

C.      Hamidah berasa bangga melihat pemimpin-pemimpin negara itu sedang bermesyuarat.

D.      Hamidah berharap agar Swee Lan dapat pergi ke Terengganu bersamanya pada cuti penggal yang akan datang itu.

 

 

 

 

 

Soalan 16 - 20

Baca dialog di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

 

                Pada suatu hari , Amin dan kawan-kawannya berbual-bual mengenai rancangan masing-masing semasa cuti sekolah yang akan datang.

 

Amin                       :  Wong , apakah rancangan kamu pada masa cuti sekolah nanti ?

Wong                      :  Saya bercadang hendak menolong emak membersihkan dan    mengemaskan rumah.

                                   Pada waktu malam , saya akan mengulangkaji pelajaran saya.

Amin                       :  Bagus cadangan kamu itu , Wong. Saya fikir saya akan membantu ayah                                                               saya menjual sayur di pasar pada masa cuti ini.

Wong                      :  Bagaimana pula dengan kamu , Shanti ?

Shanti                      :  Saya akan menaiki bas ke Melaka untuk melawat datuk dan nenek saya                 yang tinggal di                      kampung. Selain daripada itu , saya juga akan melawat tempat-tempat yang bersejarah                            di Melaka.

 

 

16.    Siapakah yang berbual-bual dengan Amin mengenai rancangan mereka ?

                A.  Amin dan kawan-kawannya

                B.  Wong dan Shanti

                C.  Emak Wong dan nenek Shanti

                D.  Wong sahaja

 

17.    Di antara kenyataan-kenyataan berikut , yang manakah BENAR ?

A.     Wong dan Amin akan menolong emak mereka membersihkan rumah dalam masa cuti nanti.

B.      Amin tidak suka menolong bapanya menjual sayur di pasar.

C.      Shanti akan pergi ke Melaka untuk melawat datuk dan neneknya yang sakit.

D.      Wong akan mengulangkaji pelajarannya semasa cuti nanti.

 

18. Di manakah datuk dan nenek Shanti tinggal ?

                A.  Mereka tinggal di rumah Shanti.

B.      Mereka tinggal di tempat-tempat bersejarah di Melaka.

C.      Mereka tinggal di sebuah kampung di Melaka.

D.      Mereka tidak ada tempat tinggal yang tetap.

 

19. Bagaimanakah Shanti pergi ke Melaka nanti ?

                A.  Dia akan berbasikal ke sana.

                B.  Dia akan menaiki bas ke sana.

                C.  Dia akan menaiki keretapi ke sana.

D.      Dia akan pergi ke sana dengan emaknya.

 

20.    Apakah maksud perkataan ‘membantu’ di dalam perbualan itu ?

                A.  menolong                        C.  menjaga

                B.  memasang                        D.  mencuba

 

 

 

 

Soalan 21 hingga 41

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

 

21.    Mereka berkata , “............... hendak pergi ke pasar .”

                A.  Kita                                  C.  Saya

                B.  Kami                                 D. Dia    

 

22.    Surat itu tidak dapat dibaca kerana tulisannya tidak ..................

                A.  terang                                              C.  jelas

                B.  panjang                                            D.  licin

 

23.    Mereka tidak dibenarkan bermain di .............. kerana tempat ini sangat merbahaya.

                A.  sini                                   C.  situ

B.      sana                                                D.  Mana

 

24.    Barang itu akan tahan lama jika ia digunakan dengan .........

                A.  pantas                                              C.  lembut

                B.  lambat                                               D.  cermat

 

 

25.    Kucing mengiau tetapi ayam jantan ..............

                A.  mengaum                                         C.  menyalak

B.      berkokok                                        D.  Bertelur

 

26.    Budak-budak kecil tidak boleh bermain dengan benda-benda yang ...............

                A.  gemuk                                              C.  tajam

                B.  besar                                 D.  tumpul

 

27.    Dia nampak se ............  burung di atas se ........... pokok.

                A.  ekor , pohon                   C.  ekor , tandan

                B.  biji , buah                         D.  helai , buah

 

28.    Aminah meminta kebenaran ............... bapanya untuk pergi ke Melaka.

                A.  kepada                                             C.  dari

                B.  oleh                                   D.  daripada

 

 

29.    Kok Seng dan abangnya telah keluar ............. pagi  ............ petang.

                A.  walaupun , tetapi           C.  dari , hingga

                B.  jika  , kepada                    D.  apabila , pada

 

30.    Fatimah berasa sangat gembira ............. dia mendapat hadiah ............ guru besar.

                A. ebab , kepada  C. apabila , daripada

                B.  selepas , oleh  D.  sebelum , untuk

 

31.    Jamuan itu ................ di dewan sekolah.

                A. diadakan                                           C.  keadaan

                B.  mengadakan                    D.  berada

 

32.    Tolong .............. botol ini dengan air.

                A.  mengisikan                      C.  isikan

                B.  diisi                                   D.  mengisi

 

33.    Doktor itu sedang .................. gigi adik saya.

                A.  diperiksa                          C.  peperiksaan

                B.  memeriksa                        D.  periksakan

 

34.    ..................  bapa Ramli cukup untuk menanggung semua perbelanjaan keluarganya.

                A.  Terdapat                                          C.  Mendapat

                B.  Didapati                                           D.  Pendapatan

 

35.    ................ kertas lukisan berharga dua puluh sen.

                A.  Sekeping                         C.  Sebentuk

                B.  Sebuah                                             D.  Sebiji

 

36.    Farah telah mengirim empat ......... surat kepada ibunya.

                A.  utas                                  C.  helai

                B.  pucuk                                               D.  rawan

 

37.    Datuknya ada dua  ...................   jala

                A.  batang                                             C.  buah

                B.  bilah                                  D.  rawan

 

38.    Ali dan Ah Seng  .............. oleh kawan-kawan yang lain kerana mereka berkelakuan baik dan suka menolong orang lain.

                A.  menghormati                   C.  hormatkan

                B.  dihormati                          D.  terhormat

 

39.    ...................  keretapi dari sini ke Alor Setar mengambil masa selama dua jam.

                A.  Berjalan                                           C.  Perjalanan

                B.  Menjalankan                   D.  Dijalankan

 

40.    Oslan suka pergi ke perpustakaan untuk  ................   buku .

                A.  meminjam                        C.  pinjamkan

                B.  pinjaman                          D.  dipinjamkan

 

41.    Pegawai itu ............... orang-orang kampung itu supaya menggunakan jentera dan cara         moden untuk menanam padi.

                A.  dinasihatkan                   C.  penasihat

                B.  menasihatkan                  D.  nasihatkan

 

Soalan 42 - 44

Pilih perkataan berganda yang betul untuk diisikan ke dalam tempat-tempat kosong yang berikut.

 

 

42. Encik Leong sedang .................  dengan kawannya di ruang tamu .

                A.  berhati-hati

                B.  bergotong-royong

                C.  berbual-bual

                D.  bermain-main

 

43. Orang yang kaya itu mempunyai banyak ................  .

                A.  kaya-raya

                B.  lemah-lembut

                C.  adat-resam

                D.  harta-benda

44. Budak yang dilanggar tadi telah dihantar ke hospital dengan  ...............   .

                A.  serba-serbi

                B.  serta-merta

                C.  sunyi-sepi

                D.  susah-payah

 

Soalan 45 hingga 48

Pilih ayat sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.

 

45. Seorang pegawai polis menyuruh pemandu kereta itu berhenti .

                A.  Pemandu kereta polis itu disuruh berhenti oleh seorang pegawai polis.

                B.  Pemandu kereta itu disuruh berhenti oleh seorang pegawai polis.

                C.  Seorang pegawai polis disuruh berhenti oleh pemandu kereta itu.

                D.  Kereta polis itu disuruh berhenti oleh seorang pegawai pemandu.

 

46. Buku itu ditulis oleh seorang pengarang yang terkenal .

                A.  Seorang pengarang yang menulis buku terkenal itu.

                B.  Seorang yang terkenal menulis pengarang buku itu.

                C.  Seorang pengarang yang terkenal telah menulis buku itu.

                D.  Seorang pengarang buku itu menulis yang terkenal.

 

47. Tukang kebun menyiram pokok-pokok bunga itu .

                A.  Tukang kebun disiram oleh pokok-pokok bunga itu.

                B.  Bunga pokok-pokok itu disiram oleh tukang kebun.

                C.  Pokok-pokok bunga itu disiram oleh tukang kebun.

                D.  Kebun pokok-pokok itu disiram oleh tukang bunga.

 

48.  Sampan itu didayung oleh seorang tua .

                A.  Seorang mendayung sampan tua itu.

                B.  Mendayung sdampan seorang tua itu.

                C.  Sampan tua itu mendayung seorang.

                D.  Seorang tua mendayung sampan itu.

 

Soalan 49 hingga 50

Pilih ayat yang mempunyai perkataan yang betul.

 

49.           A.  Tangan yang mengandungi banyak kuman kotor.

                B.  Tangan yang kotor mengandungi banyak kuman.

                C.  Kuman yang mengandungi banyak tangan kotor.

                D.  Banyak tangan yang kotor kuman mengandungi.

 

50.           A.  Pada hari yang Sabtu lalu , ayah saya membawa saya ke ladang getah.

                B.  Pada Sabtu hari lalu , ayah saya yang membawa saya ke ladang getah.

                C.  Pada lalu yang hari Sabtu , ayah saya membawa saya ke ladang getah.

                D.  Pada hari Sabtu yang lalu , ayah saya membawa saya ke ladang getah.

 

 

selamat menjawab

Wan Yee

SK Kamil (3)

16800 PASIR PUTEH, KELANTAN