Make your own free website on Tripod.com
DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
 

DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

       Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;

       Pusat sumber  sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

       Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
 

KONSEP

        Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
        Satu Tempat:
        Koleksi:
        Perkhidmatan:
        Agen Perubahan:

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah

Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah   tradisional sahaja.

Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan   penggunaan maklumat secara sistematik.

Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan   dan bahan pengajaran - pembelajaran

Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang   berbeza di kalangan    pelajar - pelajar

Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses   pembelajaran.

 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 

1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan    kokurikulum.

2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu   atau kimpulan dalam proses pembelajaran.

3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai   untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk   kegunaan dalam kelas atau di rumah.

5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan   maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi   memudahkan proses pembelajaran.

 CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.

Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi,   tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.

Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.

Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang   tahun.

Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat   bahan , alatan dan maklumat.

Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.

Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -   pembelajaran

Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu   kurikulum.

 

 A.  PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan  sistematis. Sebagai panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada  sepuluh langkah.

LANGKAH PERTAMA

 

PENUBUHAN JAWATAN KUASA

A. Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber
  * Guru Besar sebagai Pengerusi
  * Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
  * Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru    kanan mata pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan    wakil Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan    Jawatan Kuasa  Pusat Sumber ini mestilah diubahsuai dengan keadaan sekolah    masing -masing).

B. Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS
     Ini terdiri daripada :
  * Guru Penyelaras sebagai pengerusi.
  * Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli.

C. Pelantikan Pembantu perkeranian.
     Boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang   berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin   terdiri daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf   yang diperuntukan oleh pihak pengurusan sekolah.

D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas.
     Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan   tidak timbal balik antara satusama lain.

  *  Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
  *  Guru Pusat Sumber (1).
  *  Guru Pusat Sumber (2).
  *  Jawatankuasa kerja pusat sumber.
  *  Pembantu pusat sumber.

LANGKAH KEDUA

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk :

 a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
 b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari,

Punca Kewangan :

   Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut :
   *  Masa PSS dibuka.
   * Kemudahan yang disediakan
   * Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman.
   * Keselamatan alatan dan bahan PSS.
   * Disiplin dan lain -lain.

   Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut :
   * Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
   * Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
   * Cara peminjaman dilakukan.
   * Perkhidmatan Khas.

  Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.

  Bahan buku:
  Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :
   * Pinjaman biasa.
   * Pinjaman buku -buku khas.
   * Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )

  Bahan bukan buku :
  Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan bukan buku.

LANGKAH KETIGA.LANGKAH KETIGA
RANCANGAN PERKHIDMATAN


Rancangan perkhidmatan Pss oleh guru Pss mengenai perkara - perkara berikut :
   * Perkembngan fizikal pusat sumber.
   * Perkembangan koleksi
   * Perancangan promosi dan seranta.
   * Perancangan aktiviti.
   * Latihan pengurusan dan penggunaan PSS.
   *  Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS.
   * Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.

LANGKAH KEEMPAT
JAWATANKUASA KERJA

 Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar -pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas berikut :
   i   Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
   ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad      pinjaman dan   slip, tarikh pulangan dan melekat label.
   iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran.
   iv. Menjilid majalah dan surat khabar.
   v.  Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak.
   vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
   vii.Memperbaiki buku.
   viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
   ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran
   x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah).

LANGKAH KE LIMA

KECERIAAN

 Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
   i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
   ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
   iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
   iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
   v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.

 

 

LANGKAH KE ENAM

ORIENTASI

Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti penyampaian maklumat mengenai :
   i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar.
   ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber.
   iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar.
   iv. Kad ahli dan kegunaannya dan,
   v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan minat dan keperluan pelajar

LANGKAH KE TUJUH.
REKOD

Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan majalah jika perlu contoh rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai mengikut keperluan.

Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan iaitu :
   *  Rekod perolehan bahan
   * Rekod pinjaman bahan
   * Rekod penggunaan bahan.
   * Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan.
   *  Rekod koleksi bahan.
   * Rekod belanjawan.
   * Lain -lain rekod yang difikirkan perlu.

LANGKAH KE LAPAN

PROMOSI

Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang tahun.
  A. Pameran bahan mengikut topok atau tema
  B. Ceramah buku
  C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber.
  D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar atau sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu.
  E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya 
  F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang dipelajari.
  G. Kegiatan - kegiatan yang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS.

LANGKAH KE SEMBILAN

AKTIVITI

Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat maklumat yang lain.

 Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti :
  i.  Melawat perpustakaan awam
  ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain.
  iii.Melawat pesta buku.
  iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.
  vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang dikenalpasti

LANGKAH KE SEPULUH

PENYEMAKAN STOK.

Penyemakan stok , penilaian dan penyediaan laporan tahunan PSS

 Penyemakan stok 
 Dijalankan bagi mengesan bahan yang :
   *  hilang
   * rosak
   * tidak sesuai
   * tidakdigunakan langsung
   * tidak kemaskini

 

 

PENILAIAN

 I. Kepentingan

  Penilaian adalah penting untuk mengetahui :
  * Kemajuan keseluruhan rancangan Pusaat Sumber Seolah.
  * Kekurangan atau masalah yang mungkin ada.
  * Membuat perancangan secara keseluruhan.
  * Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan.

 II. Pendekatan

  Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut :
  * Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan tertentu.
  * Berdasarkan hasil - hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid - murid yang menggunakan PSS.
  *  Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu.
  * Pandangan atau ulasan yang fdikemukakan oleh pihak -pihak yang terlibat dalam rancangan PSS itu.

 III. Rekod yang disimpan

Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod - rekod yang disimpan oleh pihak PSS dalam aspek -aspek berikut :
  * Bilangan peminjam
  * Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam
  * Perbelanjaan
  * Jenis -jenis aktiviti

MAKLUMAT

Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu kesimpulan dapat dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat yang dikumpulkan itu digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan piawaian seperti berikut :

 IV. Maklumbalas dan pendapat

Soal selidik bole dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat dari guru dan pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan -soalan yang dikemukakan dalam kajian itu meliputi :
   * Aspek -aspek umum - seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan  dan bahan.
   * Aspek aspekk tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan dan sikap atau pandangan terhadap PSS.

 V. Menganalisa dan menyebarkan hasil maklumat

Data - data yang telah dikumpul melalui pendekatan tertentu itu haruslah diproses dan dianalisia. Misalnya jika data yang dikumoul itu menunjukkan pada sesuatu bulan bilangan peminjam itu berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab -sebab berlakunya kekurangan itu.

Setalah disediakan laporan penilaian, hasilnya patutlah disebarkan untuk,akluman umum dan jika perlu tindakan selanjutnya diambil. Hasil dapatan kajian penilaian itu hendaklah digunakan sebagai dasar atau panduan untuk peningkatan pengurusan dan penggunaan PSS.