Dunia Cyber
Komputer telah memperkenalkan satu dunia baru yang lebih di kenali sebagai "dunia cyber". Dunia cyber ini mempunyai beberapa ciri-ciri asas seperti :-

- Menjaringkan berpuluh-puluh juta manusia (individu dan berkumpulan) yang memiliki capaian internet dan membentuk komuniti maya atau elektronik,

- Menjangkau batasan dan halangan sempadan negara dan geografi,

- Menjangkau batasan warna kulit, bangsa dan bahasa,

- Menjangkau batasan masa (sentiasa aktif dan hidup sepanjang tahun),

- Transaksi digital dan elektronik menggantikan transaksi konvensional,

- Penghapusan sistem hirarki yang di gantikan dengan sistem jaringan,

- Perhubungan, pertukaran dan perkongsian maklumat dalam bentuk multimedia yang murah dan pantas.