KRONOLOGI TARBIYAH ILAHIAH :

DARIPADA KELAHIRAN HINGGA KERASULAN

  1. Tinggal di Perkampungan Bani Sa’ad
  1. Tinggal beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus Sa’diah dan menjalani kehidupan orang Badwi
  2. Sabda Rasulullah, bermaksud:

 

Akulah orang yang paling berada dalam suasana Arab, aku seorang Quraisy dan aku menyusu di kalangan Bani Sa’ad bin Bakr.”

 

  1. Pembelahan Dada
  1. Ketika Nabi bermain dengan saudara sesusunya
  2. Dua malaikat datang dan menelentangkan Nabi serta membelah dadanya
  3. Kemudian dikeluarkan hati Nabi untuk dibersihkan

 

  1. Kewafatan Aminah dan Abdul Muttalib
  1. Bonda Nabi, Aminah meninggal ketika Baginda berusia enam tahun dan datuk Nabi, Abdul Muttalib meninggal ketika Baginda berusia lapan tahun
  2. Aminah meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah setelah menziarahi pusara suaminya di Yathrib
  3. Abdul Muttalib, pembesar Quraisy yang menjaga Nabi meninggal dunia ketika berumur 120 tahun

 

  1. Mengembala Kambing
  1. Menjaga kambing ketika di Bani Sa’ad dan kambing milik bapa saudara Baginda, Abu Talib serta kambing penduduk Mekah
  2. Sabda Rasulullah, bermaksud:

 

Tiada Nabi melainkan mengembala kambing; Para sahabat bertanya, adakah engkau juga wahai Rasulullah? Nabi menjawab, dan aku juga.”

 

  1. Menyertai Perang Fajar
  1. Iaitu peperangan antara Quraisy dengan Qais
  2. Ketika usia 14 @ 15 tahun
  3. Memungut anak panah musuh untuk bapa saudaranya

 

 

  1. Melihat Perjanjian al-Fudhul
  1. Di rumah Abdullah bin Jad’an oleh qabilah-qabilah Quraisy daripada Bani Hashim, Bani Muttalib, Bani Asad bin Abdul ‘Uzza dll
  2. Mereka berjanji untuk menolong orang yang dizalimi di Mekah dan membasmi kezaliman
  3. Rasulullah bersabda, bermaksud:

Sesungguhnya aku telah menyaksikan suatu perjanjian bersama-sama bapa-bapa saudaraku di rumah Abdullah bin Jad’an yang lebih kasih bagiku daripada unta yang merah (barang mahal); dan kalau aku diajak kepadanya pada zaman Islam, nescaya aka menyahutnya.”

 

  1. Berniaga di Syam
  1. Meniaga barang Khadijah bin Khuwailid ke Syam
  2. Khadam Khadijah, Maisarah melihat sifat amanah dan peribadi Nabi

 

  1. Berkahwin dengan Khadijah
  1. Dipinang oleh Khadijah (40 tahun) melalui Nafisah binti Munabbah
  2. Khadijah seorang penenang
  3. Nabi tidak berkahwin sehingga kewafatan Khadijah

 

  1. Menyelesai Masalah Hajarul Aswad
  1. Banjir melanda dan ka’abah mengalami kerosakan
  2. Rasulullah menyertai pembinaan semula
  3. Pertikaian qabilah untuk meletak Hajarul Aswad
  4. Rasulullah dipilih menyelesaikan kerana ‘al-Amin
  5. Rasulullah meletak sehelai kain dan menyuruh setiap ketua qabilah memegang penjurunya

 

  1. Beruzlah di Gua Hira’
  1. Setelah melihat jahiliyah dan kekufuran di sekeliling
  2. Menerima wahyu pertama

 

 

ISRA’ & MIKRAJ

“Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.” (Surah Bani Israil: 1)

  1. merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w secara real sebagai suatu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda serta pengiktirafan teragung kepada penghulu segala nabi dan rasul.
  2. merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini.
  3. merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang antara Rabbul Jalil dengan Rasulullah s.a.w.
  4. merupakan pengalaman yang paling manis buat Rasulullah s.a.w setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.
  1. Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Rasulullah s.a.w solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Baginda mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.
  2. Kemudian Rasulullah s.a.w dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Baginda memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
  3. Selesai upacara Isra’, sampai ketika Rasulullah s.a.w diMikrajkan dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Baginda diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Rasulullah s.a.w.

Dalam perjalanan, Rasulullah s.a.w diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil.

Peristiwa

Maksud

  1. Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang

Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur

  • Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti

Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang

  • Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka

Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat

  • Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah

Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.

  • Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan

Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.

  • Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung, digunting lagi tanpa henti

Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.

  • Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi

Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.

  • Seekor lembu keluar daripada satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh

Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.

  • Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu

Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi

  • Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti

Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam

  • Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti

Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.

  • Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti

Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah

  • Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu

Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat

  • Nabi tercium bau yang amat harum

Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.

  • Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang

Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak

  • Sekumpulan orang berenang dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya

Gambaran orang yang makan riba'

  • Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.

Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

  1. Dalam perjalanan Mikraj dari Baitul Maqdis naik hingga ke Sidratul Muntaha melalui tujuh lapisan langit, Rasulullah s.a.w berjaya menempuh pelbagai ujian dan rintangan sehingga ke Mustawa. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi.
  2. Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke 'Arasy. Inilah kemuncak yang paling agung, di mana Baginda menerima perintah solat 50 waktu sehari semalam.
  3. Atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah untuk dikurangkan sehinggalah menjadi 5 kali sehari semalam. Inilah mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Baginda sebagai satu pengiktirafan Allah kepada Nabi dan Rasul teragung sepanjang zaman.

 

 

MENUKAR TARIKH HIJRAH

Bagaimanakah cara untuk menukar tarikh Hijriah ke tarikh Mesihi atau sebaliknya ?

Salah satu cara untuk menukar tarikh Hijriah ke tarikh Mesihi adalah dengan mendarab tarikh Hijriah dengan 2.977. Jumlah yang diperolehi kemudian hendaklah dibahagi dengan 100. Tarikh Hijriah kemudian ditolak dengan jumlah yang diperolehi dan kemudian dicampur dengan 621.529.

Contohnya :

Tahun kelahiran si "Faris" adalah pada 1335 Hijriah

=> 1335 x 2.977 = 3974.295

=> 3974.295 / 100 = 39.74295

=> 1335 - 39.74295 = 1295.25705

=> 1295.25705 + 621.529 = 1916.786

Jadi tahun Mesihi bagi kelahiran si "Faris" adalah 1916.

Untuk menukar tarikh Mesihi ke tarikh Hijriah adalah dengan menolak tarikh Mesihi dengan 622 dan kemudian didarabkan dengan 1.0307 sebelum dicampurkan dengan 0.46. Sekiranya terdapat angka perpuluhan (sila rujuk contoh), jumlah sebenar tahun Hijriah hendaklah dimasukkan ke tahun hadapan.

Contohnya :

Tahun kelahiran si "Kitty" adalah pada tahun 1917

=> 1917 - 622 = 1295

=> 1295 x 1.0307 = 1334.7565

=> 1334.7565 + 0.46 = 1335.2165

Jadi tahun Hijriah kelahiran si "Kitty" adalah 1336.