Petua Mempelajari Internet

Untuk mempelajari penggunaan komputer dengan baik dan berkesan kita mestilah mempunyai sesuatu prinsip dan semangat yang mendalam. Tiap-tiap orang yang tahu menggunakan komputer mempunyai cara tersendiri bagi mempraktikkannya. Terdapat beberapa petua yang boleh saya sifatkan sebagai sumber dorongan bagi saya untuk mempelajari dan menggunakan komputer berdasarkan pengalaman saya sendiri di dalam bidang ini. Berikut di bawah ini adalah 5 petua-petua bagaimana kita boleh mahir di dalam penggunaan komputer.


    1. Minat
    Semua orang mempunyai minat di dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, minat memancing, memasak, melukis, membaca dsbnya. Oleh itu untuk mempelajari komputer kita juga mestilah mempunyai minat yang mendalam.

    2. Usaha
    Sekiranya kita berminat di dalam sesuatu bidang, kita sudah semestinya sanggup berusaha bagi melayani minat kita tadi. Sebagai contoh, minat memasak - kita mesti sanggup berusaha untuk mencuba beberapa resepi masakan dan membeli apa-apa yang perlu untuk resepi tadi. Begitu juga dengan komputer, jika kita telah ada komputer di rumah atau di pejabat tetapi masih belum ada lagi dengan internet, kita mestilah berusaha untuk membeli modem dan seterusnya berdaftar untuk melanggani talian internet.

    3. Ada data
    Kita mestilah mempunyai data-data. Sebagai contoh, kalau kita minat memancing, tempat yang kita pancing tadi biarlah ada ikan. Begitu juga dengan komputer. Sebelum kita berhadapan dengan komputer dan jari kita di keyboard, kita mestilah ada sesuatu data yang mana komputer akan dapat membantu kita bagi memproses data-data tersebut. Contoh-contoh data adalah dalam bentuk text, gambar, animasi, suara dan bunyi. Sumber-sumber data adalah datang daripada peribadi kita sendiri, orang lain, pejabat, persatuan, perniagaan dsbnya.

    4. Faham sedikit bahasa Inggeris
    Kita mestilah faham sedikit bahasa Inggeris kerana kebanyakkan arahan-arahan di komputer adalah di dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh File bermakna Fail, Copy bermakna Tiru Open bermakna Buka dsbnya, tidak susah untuk kita memahaminya. Contoh lain kalau kita minat memasak tadi dan resepinya dalam bahasa Inggeris, kita kenalah buka kamus sekiranya kita tidak faham apa maknanya. Sekiranya kita agak-agak sudah pasti resepi tadi tak menjadi dan lebih berat lagi kalau sugar(gula) di katakan salt(garam).

    5. Kreatif
    Kita mestilah mempunyai nilai-nilai seni di dalam bidang komputer ini. Sama juga dengan bidang-bidang seni yang lain. Kreativiti yang tinggi akan dapat menghasilkan mutu kerja yang baik dan indah di pandang.