Make your own free website on Tripod.com

PUSAT SUMBER SEKOLAH

        Sejarah Penubuhan PSS

        PSS (perpustakaan) Sekolah Kebangsaan Kamil 3 ditubuhkan pada awal tahun 1997 iaitu serentak dengan penubuhan sekolah. Oleh kerana ketiadaan bilik, bilik PSS ini menumpang di bilik sukan, kemudian berpindah  dan berkongsi dengan bilik pemulihan . Pencetus idea ini ialah En Ab Razak b Awang, iaitu guru besar pada masa itu. Manakala penyalarasnya ialah Pn Rosmiza Aini bt Ab Kadir. Koleksinya pada masa itu terhad kepada media cetak sahaja. Buku-buku keseluruhannya dibeli dengan menggunakan peruntukan perpustakaan yang kecil jumlahnya. Ada juga buku-buku terpakai yang disumbangkan oleh ibubapa murid dan juga orang perseorangan.

        Pada tahun 1998, dengan terbinanya bangunan pasang siap untuk empat kelas, maka sebuah bilik khas diwujudkan iaitu di tingkat atas blok “B” berukuran 24’ x 28’. Koleksi buku semakin bertambah dan proses edaran pun diubah iaitu menggunakan “sistem kad buku”. Pada tahun 2001, apabila siapnya bangunan baru 2 blok 4 tingkat, maka diperuntukkan sebuah bilik yang lebih besar dengan ukuran 24’ x 90’ dan berhawa dingin telah dibina di blok “A” tingkat 4. Beberapa jenis perabot yang canggih turut dibekalkan. Serentak dengan itu, perpustakaan pun dipindahkan ke sini.

        Pada awal sesi persekolahan 2002, Unit Perpustakaan telah disatukan perkhidmatannya dengan Unit Alat Pandang Dengar (APD) dan Unit Bahan Bantu Mengajar (BBM) sebagai satu unit yang bersepadu dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah, yang diterajui oleh En Wan Sabri b Hj Wan Abdullah sebagai Penyalaras Pusat Sumber Sekolah. Manakala makmal komputer (ICT) di tingkat tiga dan akan mula beroperasi dengan sepenuhnya pada sesi persekolahan 2003. Dengan penyatuan keempat-empat unit ini di bawah satu pentadbiran maka peranan dan kepentingan PSS telah dipertingkatkan. Kerja-kerja mengumpul, mengintegrasi, mengelola, menerbit dan mendedahkan seluas mungkin guru dan pelajar kepada pelbagai bahan P&P dan ICT bagi mencapai penggunaan yang maksima dapat dijalankan dengan lebih sistematik.

        Adalah diharapkan semoga PSS sekolah ini akan terus berkembang maju sambil memimpin pelajar dan guru ke arah kecemerlangan.

Sekian, Wassalam.
Wan Sabri b Hj Wan Abdullah
Penyalaras PSS 2003
 

 

main4.gif (77091 bytes)

 

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2009
Pengerusi:
En Mohamad Rusli b Awang Mat (Guru Besar)
 
Timb. Pengerusi:
En Mustafa Yunus (PK Pentadbiran)
 
Naib Pengerusi:
Pn Azizah Ismail (PK Hem)

 

 

Pn Hafzan Hussin
Penyalaras Pusat Sumber Sekolah
naziha.JPG (21103 bytes) rohanamuda.JPG (13278 bytes)
Pn Naziha Yaakub Pn Rohana Muda
Setiausaha Pen. S/Usaha
AHLI JAWATANKUASA
kamariah.1JPG.JPG (17488 bytes)
Pn Suriayani Rahman Pn Zaini Husin Pn Kamariah Mohamad En Anuar Md Zain
BBM APD / MEDIA PERPUSTAKAAN ICT
 
rohanajaafar.JPG (11078 bytes) norihan.jpg (12531 bytes) samsiah.jpg (10478 bytes) yee1.JPG (15342 bytes)
Pn Rohana Pn Hafzan Pn Norihan Ustz Shamsiah En Supiani En W Sabri
Panitia BI Panitia BM Panitia Sc / Mat Panitia PAI Panitia PJK/Seni Panitia KH/KT
 
Pengawas Pusat Sumber Sekolah - sesi 2009
bar-flowers.gif (4741 bytes)
Aktiviti Sepanjang Tahun 2004-2009
 
BIL AKTIVITI / PROGRAM TAHAP
1 Pertandingan nasyid sempena Maal Hijrah 1
2 Pertandingan Bercerita Kisah nabi 2
3 Pertandingan poster melukis poster 2
4 Bintang Kecil Sepmena Hari Guru 2004 2
5 Pertandingan melukis (Hari Guru 2004) 1
6 Pertandingan Melukis Logo PSS 2004 2
7 Pertandingan & Peraduan "Program Nilam" 1 & 2
8 Membina Cerpen 2
9 Pert. Membuat Poster Anti Dadah 2
10 Pert. Kelas Terbaik 1 & 2
11 Pertandingan Mendeklamasi Sajak - 31 Ogos 2
12 Program Nilam 1 & 2
13 Program "English  Concert" (29102004) 1 & 2

bar-flowers.gif (4741 bytes)

Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2009


 

{Tugas Guru Perpustakaan} {Tugas Guru BBM} {Tugas Guru APD / Media Elektronik}

{Peraturan Perpustakaan} {Peraturan Pinjaman} {Tugas Pengawas Perpustakaan}