Sejarah Penubuhan......   

Sekolah Kebangsaan Kamil 3 adalah merupakan sebuah sekolah yang baru ditubuhkan dan mula beroperasi pada 01 hb Jan 1997 atas desakan untuk menampung keperluan murid Sekolah kebangsaan Kamil 1. 

Sekolah Kebangsaan Kamil 3 lahir pada nama sahaja, realitinya ia menumpang bangunan dua blok 2 tingkat Sekolah Kebangsaan Kamil 1 atas tanah yang seluas 1.4 hektar. 

Pada peringkat penubuhannya, ia menaungi hanya seramai 302 orang murid sahaja dalam 2 aliran dari tahun 1 hingga tahun 4 dengan peruntukkan 8 bilik darjah. 

Lahirnya yang serba dalam kekurangan, ianya dipayungi oleh En Ab Razak b Awang selaku guru besar, yang juga merupakan anak jati masyarakat Kamil.....serta dibantu oleh seramai 16 orang guru penolong, seorang kerani, seorang PAR, seorang jaga dan seorang PRA . Walaupun pun dalam serba kekurangan, namun segala permasalahan yang timbul dapat kami atasi dengan jayanya. 

Setelah En Ab Razak b Awang bertukar ke SK Kg Nara, kesinambungan bagi memartabatkan lagi kecemerlangan  SK Kamil 3 diteruskan oleh En Mohamad Rusli b Awang Mat (Sir) yang terkenal dengan semangat juang "7 to 6" khasnya dalam bidang olahraga dan sukan. Bagi Sir, tugasnyanya bermula jam 7.00 pagi dan berakhir 6.00 petang.

Kini jumlah tenaga pendidik SK Kamil 3 adalah seramai 26 orang, dengan jumlah pelajar 568 orang. Bangunan baru, 4 tingkat 2 blok akan diduduki sepenuhnya pada January 2002 nanti.

Sehingga kini sudah hampir 5 tahun usia penubuhan sekolah kami, yang pasti ianya diharap mampu melahirkan pelajar yang berkaliber dalam semua bidang......  Wassalam.....wr ...wb...

 

  click.gif (3780 bytes)