SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PERPUSTAKAAN

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH

Sudut ini diwujudkan untuk:- a. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru. b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas. c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah. d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ". e. Menarik minat murid ke perpustakaan.

2. SUDUT MURID CEMERLANG KO-KURIKULUM

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka. b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

3. LAMAN GEMILANG(MURID BERJAYA UPSR)

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum. b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR. c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

4. ALBUM PUSAT SUMBER

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar. b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber. c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan. b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan. c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menarik minat murid untuk membaca. b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

7. SUDUT KUIZ BESTARI

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan. b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan. c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid. b. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

9. LAMAN CAKNA PANTUN

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menambah pengetahuan murid tentang pantun. b. Mengekalkan budaya melayu. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah. b. Menghargai kejayaan sekolah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

11. LAMAN KOLEKSI MAYA

Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu i. Sudut Mata Wang Sedunia ii. Sudut Koleksi Setem Sedunia iii. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia. Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid. b. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid. c. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM

a. Menghargai bakat yang ada pada murid. b. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah. c. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

13. SUDUT HASIL KERJA MURID

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menghargai segala hasil kerja murid. b. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

14. SUDUT PERMAINAN

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid. b. Mengekalkan permainan tradisional c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT POHON ILMU

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid. b. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid. c. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

16. SUDUT BERCERITA

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh. b. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

17. SUDUT MAYA PUPET

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh. b. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

18. SUDUT WARISAN BUDAYA

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang. b. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara. b. Menanam sikap menyintai negara sendiri. c. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

20. LAMAN BUSANA

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita. b. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang. b. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud. c. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri. b. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan. c. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.

23. SUDUT SEJENAK MEMBACA

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan. b. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana". c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

24. SUDUT AKHBAR

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa. b. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

25. SUDUT RUJUKAN GURU

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan. b. Menarik minat guru ke perpustakaan.

26. SUDUT RUJUKAN MURID

. Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan b. Menarik minat murid ke perpustakaan.

27. SUDUT KAKTUS

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP". b. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku. c. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

28. SUDUT MAJALAH

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid. b. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

29. SUDUT HIDUPAN AIR

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memperkenalkan benda hidup kepada murid. b. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku. b. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

31. SUDUT PROGRAM NILAM

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM. b. Melicinkan guru membuat analisis . c. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

32. SUDUT ANGKASA LEPAS

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid. b. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul. c. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

33. SUDUT JALAN RAYA

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni b. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM

 Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam. b. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

35. SUDUT INFO AKURIUM

Sudut ini diwujudkan untuk :- a. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah. b. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

36. LAMAN NOSTALGIA GURU

Sudut ini diwujudkan untuk : a. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka. b. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka. c. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

 

 

Oleh:

 

Wan Sabri b Hj Wan Abdullah
Penyalaras PMS
Sekolah Kebangsaan Kamil 3
16800 Pasir Puteh
Kelantan.