- UJIAN
BULAN FEBRUARI
- BAHASA
MELAYU TAHUN 4
-
- Soalan
1 hingga 5
- Baca
cerita di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
-
-
Pada
suatu hari , Yoke Meng terlewat bangun dari tidur. Dia segera memakai baju sekolah dan mengambil begnya lalu mengayuh basikal dengan
laju.
-
Apabila
dia sampai di sekolah , pelajaran pertama sudah bermula. Yoke Meng dimarahi oleh gurunya
kerana mangganggu kelas. Yoke Meng juga didenda kerana tidak membawa buku latihannya.
Denda yang diterimanya ialah dia tidak dibenarkan keluar kelas semasa rehat.
-
Yoke
Meng berasa sangat lapar. Tambahan pula dia tidak bersarapan pada waktu pagi. Sebaik
sahaja tamat waktu persekolahan , dia segera pulang ke rumahnya. Waktu itu hujan lebat.
Yoke Meng tidak membawa baju hujan. Oleh itu , dia tiba di rumahnya dalam keadaan basah
dan kesejukan.
-
- 1. Apakah yang telah berlaku kepada Yoke Meng ?
-
A. Dia tertinggal bas
C.
Dia terlupa bersarapan
-
B. Dia tidak dapat ke sekolah
D.
Dia terlambat bangun
-
- 2. Yoke Meng pergi ke sekolah dengan
-
A. kereta
C. berjalan kaki
-
B. basikal
D. bas
-
- 3. Sewaktu dia sampai di sekolah
-
A. pelajaran pertama sudah bermula
C.
Guru besar sedang berucap
-
B. murid-murid sedang berehat
D.
Perhimpunan sedang diadakan
-
- 4. Mengapakah Yoke Meng didenda ?
-
A. Dia lambat bangun dari tidur.
C.
Dia datang lambat ke sekolah
-
B. Dia tidak membawa buku latihan.
D.
Dia tidak keluar semasa rehat.
-
- 5. Yoke Meng sampai di rumahnya dalam keadaan
........
-
A. basah dan berpeluh
C.
Basah dan kesejukan
-
B. riang dan gembira
D.
Sedih dan kelaparan
-
-
- Soalan
6 hingga 10.
- Baca
surat kiriman di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
-
- 232,
Jalan Damai 1 ,
- Taman
Damai Setia ,
- 53200
Kuala Lumpur.
- 24
Februari 1999.
-
-
Menemui
saudara Andrew Lim semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga
tersayang .
- Saudara
,
-
Kenalan
saya dari Indonesia akan datang mengunjungi
saya pada hari Sabtu bersamaan 27 Februari. Dia datang bersama-sama keluarganya. Mereka
akan tinggal di rumah saya selama beberapa hari. Oleh itu saya akan mengadakan majlis
untuk meraikannya. Majlis itu akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 28 Februari , jam
3.00 petang. Saya telah menjemput beberapa orang
kawan untuk menemui kenalan saya itu. Saya berharap saudara juga akan turut hadir. Menurut
kenalan saya itu , bapanya membawa pita-pita video mengenai Indonesia. Jadi , bolehlah
kita menonton bersama-sama.
Sampai
di sini sahaja untuk kali ini. Sekian , terima kasih.
Yang benar ,
-
Fadzil
-
- (
Mohd. Fadzil )
-
- 6. Kepada siapakah surat ini ditulis ?
-
A. Kenalan
C. Mohd. Fadzil
-
C. Kawan-kawannya
D. Andrew Lim
-
- 7. Kenalan penulis akan datang ke Malaysia
bersama .....
-
A. kawannya
C. keluarganya
-
B. gurunya
D. bapanya
-
- 8. Apakah majlis yang akan diadakan oleh
penulis ?
-
A. Majlis perkahwinan sahabatnya
C.
Majlis meraikan kejayaannya
-
B. Majlis meraikan kenalannya
D. Majlis sambutan hari jadinya
-
- 9. Bilakah majlis itu akan diadakan ?
-
A. Hari Ahad bersamaan 27 Februari.
C. Hari Ahad bersamaan 28 Februari.
-
B. Hari Sabtu bersamaan 28 Februari.
D. Hari Sabtu bersamaan 27 Februari.
-
- 10. Bapa kenalan penulis akan membawa ...........
-
A. pita-pita video mengenai Indonesia.
C. perakam video dari Indonesia.
- B.
kraftangan
dari Indonesia.
D. peta dan gambar-gambar mengenai Indonesia
-
-
-
- Soalan 11
hingga 15
- Baca
pantun di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
-
-
-
Pak
Mat mengait kelapa ,
-
Untuk
dijual kepada Mak Nyonya ,
-
Menuntut
ilmu janganlah lupa ,
-
Kelak
hidupmu akan berjaya .
-
-
Duduk
memencing di tepi paya ,
-
Dapat
seekor si ikan keli ,
-
Apabila
kamu telah berjaya ,
-
Jangan
pula meninggi
diri .
-
-
Naik
basikal ke kedai Pak Sulong ,
-
Hendak
membeli sebungkus kuaci ,
-
Jika
kita bersikap sombong ,
-
Semua
orang akan membenci .
-
-
- 11. Kepada siapakah kelapa itu hendak dijual ?
-
A. Pak Mat
C. Mak Nyonya
-
B. Pak Sulong
D. Semua orang
-
- 12. Hidup kita akan berjaya jika ......
-
A. kita menuntut ilmu
C. kita rajin bermain
-
B. kita pergi ke kedai
D. kita bersikap sombong
-
- 13. Di manakah pengarang pantun pergi memencing ikan ?
-
A. Di tepi laut
C. Di tepi sungai
-
B. Di tepi paya
D. Di tepi kolam
-
- 14. Semua orang akan membenci kita jika kita .....
-
A. tidak menuntut ilmu
C. bersikap sombong
-
B. suka membantu orang lain
D. tidak mempunyai harta
-
- 15. Maksud rangkai kata meninggi diri
dalam pantun di atas ialah ....
-
A. bersikap jujur
C. bersikap iri hati
-
B. bersikap sombong
D. bersikap tamak
- Soalan
16 hingga 20
- Baca
dialog dan jawab soalan-soalan berikutnya.
-
-
- Cikgu
Tina
: Adnan , apakah cita-cita kamu apabila besar nanti
?
- Adnan
: Saya hendak menjadi seorang juruterbang , cikgu ?
- Cikgu
Tina
: Mengapakah kamu hendak menjadi seorang juruterbang
?
- Adnan
: Ia satu pekerjaan yang menarik. Dengan menjadi
juruterbang saya boleh melawat banyak negara.
-
Oleh
itu saya tidak perlu mengeluarkan tambang sendiri.
- Cikgu
Tina
: Bagaimana dengan kamu pula , Ming Fei ?
- Ming
Fei
: Saya ingin menjadi guru , cikgu .
- Cikgu
Tina
: Beritahu kepada kelas kenapa kamu hendak menjadi
seorang guru .
- Ming
Fei
: Guru ialah satu pekerjaan yang baik. Semua orang
menghormati guru.
-
Saya
ingin berbakti
kepada negara .
- Cikgu
Tina
: Apakah yang kamu semua lakukan untuk mencapai
cita-cita ?
- Murid-murid
: Belajar dengan bersungguh-sungguh , cikgu .
- Cikgu
Tina
: Cikgu harap kamu semua akan berjaya .
-
-
- 16. Di manakah perbualan itu berlaku ?
-
A. Di rumah
C. Di bilik darjah
-
B. Di padang
D. Di kedai
-
- 17. Adnan hendak menjadi seorang ........
-
A. guru
C. peniaga
-
B. hakim
D. juruterbang
-
- 18.
Adnan ingin menjadi juruterbang kerana dia
....
-
A. boleh naik kapal terbang.
C. boleh berjumpa ramai orang.
-
B. boleh melawat banyak negara.
D. Boleh bertemu pelancong asing.
-
- 19. Apakah yang mesti dilakukan untuk mencapai
cita-cita ?
-
A. Belajar dengan bersungguh-sungguh.
C. Menjadi seorang guru
-
B. Menaiki kapal terbang
D. Melawat negara lain
-
- 20. Maksud perkataan berbakti
dalam dialog di atas ialah .....
-
A. berjasa
C. berbaik
-
B. bekerja
D. berusaha
-
-
- Soalan
21 hingga 34
- Isikan
tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
-
- 21. Ibu negara Malaysia ialah ..............
-
A. Ipoh
C. Kuala Lumpur
-
B. Shah Alam
D. Seremban
-
-
- 22. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang
..........
-
A. bank
C.
polis
-
B. pencuri
D. bunga
-
- 23. Berapa umur .......... ? tanya doktor
itu kepada Sanjit.
-
A. awak
C. saya
-
B. dia
D. mereka
-
-
- 24. Ayah ............... meninggal dunia ketika dia
berusia setahun.
-
A. mereka
C. kami
-
B. nya
D. dia
-
-
- 25. Sarah , ............... cita-cita kamu apabila
besar nanti ?
-
A. apa
C. mengapa
-
B. apakah
D. kenapa
-
-
- 26. Saya tidak tahu ........... nama budak itu .
-
A. siapakah
C. siapa
-
B. berapakah
D. di mana
-
-
- 27. Entah ........... yang budak itu makan.
-
A. mengapakah
C. bagaimanakah
-
B. siapa
D. apa
-
-
- 28. Air sungai ini
............... dengan deras.
-
A. mengalir
C. melimpah
-
B. menurun
D. menerjun
-
-
- 29. Puan Lim ............... sayur dengan pisau .
-
A. memotong
C. mencincang
-
B. membelah
D. membedah
- 30. Budak itu berlari
......... membawa bola.
-
A. sambil
C. jika
-
B. kerana
D. sebab
-
-
- 31. Aminah mengambil begnya .......... pergi
dari situ .
-
A. semenjak
C. selepas
-
B. lalu
D. tetapi
-
-
- 32. Dia duduk di situ ............. pagi ............
petang.
-
A. dari............ ke
C. dari.............hingga
-
B. ke...............dari
D. ke................hingga
-
-
- 33. ................. tadi ................. sekarang
dia masih belum datang lagi.
-
A. Hingga .......... dari
C. Ke ............. dari
- B.
Dari
.............. ke
D. Dari ........... hingga
-
- 34. .............. malangnya nasib saya !
-
A. Oh
C. Wah
-
B. Cis
D. Amboi
-
-
-
- Soalan
35 hingga 38
- Pilih
simpulan bahasa yang sesuai.
-
- 35. Encik Alias mengambil .......... kerana
dia tiada anak sendiri .
-
A. bapa angkat
C. anak angkat
-
B. anak buah
D. buah hati
-
- 36.
Dia telah menjadi ............ Pak Salleh semenjak kecil lagi .
-
A. anak piatu
C. anak ibu
-
B. ibu ayam
D. anak pungut
-
-
- 37. Saya berada ...............
dan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.
-
A. atas angin
C. anak angkat
-
C. atas pagar
D. ayam tambatan
-
-
- 38. Pihak polis menjumpai banyak ........... di rumah
kosong itu.
-
A. barang kemas
C. anak gelap
-
B. anak yatim
D. barang gelap
-
- Soalan
39 hingga 40
- Pilih
maksud yang sama pada rangkai kata yang bergaris.
-
- 39. Pak Ali terkejut
melihat bekas kaki harimau di belakang rumahnya.
-
A. tertelan
C. terperanjat
-
C. terlihat
D. tertanam
-
-
- 40. Rosli memandu
kereta itu dengan laju sekali .
-
A. lembap
C. perlahan
-
B. pantas
D. kuat.
-
- Soalan
41 hingga 43
- Berikan
lawan perkataan yang bergaris.
-
-
- 41. Di dalam pasar itu terdapat pelbagai jenis barangan runcit.
-
A. bermacam-macam
C. berjenis-jenis
-
B. sedikit
D. berakit-rakit
-
- 42. Buku kepunyaan Zaki telah dibuang oleh adiknya.
-
A. diambil
C. dicampak
-
B. dikoyak
D. dimakan
-
- 43. Bangunan yang baharu dibina itu sungguh cantik.
-
A. bersih
C. lawa
-
B. hodoh
D. menawan
-
-
- Soalan
44 hingga 47
- Pilih
ayat yang betul menggunakan perkataan yang bergaris.
-
- 44.
A.
Kok Seng mencakar sampah dengan penyapu.
-
B. Emak menyuruh adik mencakar kakinya
yang gatal.
-
C. Kucing itu mencakar dinding rumah.
-
D. Adik suka mencakar buku.
-
-
- 45. A. Jalil mendapat nombor sebelas
-
B. Dia berasa sebelas melihat budak
itu.
-
C. Hadi orang yang sebelas sampai
-
D. Kami sebelas hati dengan kejadian
itu
-
-
- 46. A. Abang sedang memberus sampah.
-
B. Kakak memberus air yang tumpah
dengan kain.
-
C. Saya memberus gigi sebelum tidur.
-
D. Ayah memberus kepala adik dengan
lembut.
-
- 47. A. Ani berasa bimbang apabila terpegang
seekor cicak.
-
B. Hatinya berasa bimbang melihat
telatah lucu pelawak itu.
-
C. Janganlah kita bimbang ibu bapa.
-
D. Saya bimbang tentang kesihatan ibu.
-
-
-
- Soalan
48 hingga 50
- Pilih
susunan ayat-ayat berikut mengikut urutan cerita yang betul.
-
-
- 48. I.
Berhampiran
rumah Nora ada sebatang sungai.
-
II.
Nora
pergi ke tepi sungai itu pada setiap petang.
-
III
Dia
suka melihat anak-anak ikan di dalamnya.
-
IV
Air
sungai itu sangat jernih.
-
-
-
A.
II , I , III dan IV
C.
IV,
III , II dan I
-
B. I , IV , II
dan III
D.
III
, IV , I dan II
-
-
-
- 49. I.
Dia
berazam hendak menjadi seorang penanam bunga yang berjaya.
-
II.
Lee
Meng suka menanam bunga.
-
III.
Lee
Meng gembira melihat bunga-bunganya hidup subur.
-
IV.
Dia
menanam berbagai-bagai jenis bunga di rumahnya.
-
-
A. III , II , IV dan I
C.
II
, IV , III dan I
-
B. IV , III , II dan I
D.
I
, IV , III dan II
-
-
-
- 50. I.
Dia
menjemput kawan-kawannya ke majlis itu.
-
II.
Hari
itu ialah hari jadi Chiew Peng yang ke-10.
-
III.
Ibu
Chiew Peng mengadakan majlis hari jadi untuknya.
-
IV.
Chiew
Peng berasa sangat gembira.
-
-
A. II , III , IV dan I
C.
I
, III , II dan IV
-
B. III , I , IV dan II
D.
IV
, II , I dan III
-
-
-
- salam
dari
- webmaster (wananiq99@hotmail.com)
-
-