Arahan Am :       Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan iaitu A, B, C, dan D.  Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
 
Soalan 1 hingga 5
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
 
                Sebenarnya, tidak ada seorang penjenayah pun yang mahu meninggalkan kesan jari dengan jelas untuk dikesan oleh polis. Walau bagaimanapun pihak polis masih mampu mengesan penjenayah dengan berpandukan kesan yang samar.
 
                Walaupun telapak tangan seseorang itu sudah dibersihkan tetapi bahan-bahan yang keluar dari kulit seperti asam, garam, dan lemak tetap ada. Bahan-bahan inilah yang dikesan oleh polis. Sekiranya polis ingin mengesan jejak lemak, para penyiasat akan menabur sejenis serbuk di atas permukaan yang rata.
               
Selain itu, sinar lampu laser yang khas digunakan. Molekul-molekul tertentu pada keringat yang terdapat di jari akan menjadi terang pada kayu, kulit, atau kain. Cara-cara lain ialah dengan menggunakan perekat ‘super cyanoacrylat’. Perekat itu kemudiannya dikelupas seperti kertas timah. Bagi bahan-bahan lama yang tersembunyi dan sudah tidak aktif dapat dihidupkan kembali dengan menggunakan enzim dan bahan-bahan kimia.
 
                Untuk mengesan kes-kes jenayah, polis akan menggunakan cap jari bagi menyelesaikan kes itu dengan dibantu oleh komputer.
 
1.              Apakah yang menyebabkan penjenayah itu sukar dikesan oleh polis ?
A.     Mereka meninggalkan kesan cap jari
B.     Mereka dicam oleh orang
C.     Mereka tidak meninggalkan sebarang kesan
D.     Mereka tidak melarikan diri
 
2.              Apakah bahan-bahan yang dikesan oleh polis untuk mengenal pasti cap jari      penjenayah ?
A.     Keringat dan lemak
B.     Jari tangan dan kaki
C.     Kulit dan jari
D.     Asam, garam, dan lemak   
 
3.              Pihak penyiasat yang ingin mengesan lemak penjenayah akan
A.     menggunakan lampu suluh.
B.     menggunakan perekat.
C.     menggunakan sejenis serbuk khas.
D.     menggunakan enzim dan bahan kimia.
 
4.              Kata keringat dalam petikan bermaksud
A.     kepenatan.
B.     peluh.
C.     garam.
D.     asam.
 
5.              Semua pernyataan yang berikut adalah benar kecuali
A.     tanpa kesan jari, pihak polis tidak kana berjaya menangkap penjenayah.
B.     penyiasat menggunakan enzim dan bahan kimia untuk mengesan cap jari yang telah lama ditinggalkan.
C.     sinaran lampu laser digunakan untuk melihat cap jari dengan lebih jelas.
D.     pihak polis mudak menjejaki penjenayah sekiranya kesan cap jari dapat dikenal pasti
 
 
 
 
 
 
Soalan 6 hingga 10
Baca kenyataan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
 
 
 
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
( KEMPEN ANTIDADAH )
ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR PUTEH-BACHOK
 
Hadiah :               
Pertama                                 : RM 100
Kedua                     : RM   70
Ketiga                     : RM   50
Saguhati                 : Sepuluh hadiah peralatan melukis yang berharga RM 20
 
Syarat-syarat penyertaan :
 
1.      Para peserta terbuka kepada semua murid sekolah rendah Daerah Pasir Puteh dan Bachok.
2.      Peserta mesti melukis poster pada kertas lukisan yang berukuran 38 X 28 sentimeter.
3.      Tajuk lukisan                :
a)      AWASI JERAT DADAH
b)      NAJIS DADAH MUSUH NEGARA
c)      DADAH PEMBUNUH WAWASAN 2020
 
4.      Peserta terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
5.      Tulis nama, alamat sekolah, darjah, dan umur di sebelah atas sudut kanan di belakang kertas lukisan.
6.      Lukisan yang telah siap hendaklah dihantar kepada guru besar sekolah masing-masing.
7.      Semua poster mestilah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah   pada atau sebelum 25 Mac 1999.
8.      Para pemenang akan diberitahu kepada sekolah masing-masing.
 
23 Februari 1999
 
 
6.              Siapakah yang menganjurkan pertandingan melukis poster itu ?
A.     Guru besar sekolah-sekolah di Daerah Pasir Puteh dan Bachok
B.     Pejabat pendidikan Daerah Pasir Puteh
C.     Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
D.     Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh-Bachok
 
7.              Berapakah jumlah hadiah yang ditawarkan kepada para peserta yang menyertai                               pertandingan itu?
A.     RM 100                                                         
B.     RM 220                                         
C.     RM 440
D.     RM 420
 
8.              Semua murid di bawah ini boleh menyertai pertandingan melukis poster kecuali
A.     murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2
B.     murid-murid sekolah rendah dan menengah
C.     murid-murid sekolah rendah Daerah Pasir Puteh dan Bachok
D.     murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6
 
9.              Penyertaan di bawah ini akan disahkan sekiranya murid-murid
A.     menulis nama dan alamat sekolah sahaja.
B.     mellukiskan poster yang bertajuk “Awasi Jerat Dadah”
C.     menghantar lukisan selepas 25 Mac 1999
D.     menulis nama, darjah, umur, dan alamat rumah di belakang kertas lukisan.
 
10.          Kepada siapakah poster-poster yang telah siap dilukis mesti dihantar dan
dikumpulkan ?
A.     Guru besar sekolah masing-masing
B.     Pegawai Pendidikan Daerah
C.     Pejabat Pendidikan Daerah
D.     Guru darjah
 
Soalan 11 hingga 15
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
 
 
                Tembok Besar Negeri China ialah tembok yang paling panjang di dunia. Panjangnya melebihi 2,500 kilometer. Ketinggian tembok ini adalah antara empat hingga sembilan meter manakala kelebaran bahagian atasnya berukuran empat meter. Tembok ini dibina dengan menggunakan batu-batan dan tanah.
 
                Pembinaan tembok ini adalah atas perintah Maharaja China iaitu Shih Huang Ti pada tahun 221 sebelum Masihi. Maharaja inilah yang telah menyatukan Empayar China kecuali di bahagian utara. Kawasan utara merupakan tempat tinggal satu puak yang gagah dan bengis iaitu puak Monggol. Orang Monggolia ini berbahaya dan amat ditakuti oleh Maharaja China.
 
                Oleh itu, untuk mengelakkan empayar baginda diserang oleh orang Monggolia maka baginda memerintahkan pembinaaan tembok besar ini.
 
                Oleh kerana tembok ini panjang maka untuk membinanya amatlah sukar dan mengambil masa sehingga ke hari ini walaupun telah beberapa kali runtuh dan dibaiki. Tetapi apa yang teristimewa ialah tembok besar ini dapat dilihat dari bulan.
 
11.          Maharaja Shih Huang Ti telah berjaya menyatukan Empayar China kecuali
A.     di bahagian selatan.
B.     di bahagain utara
C.     di bahagian timur
D.     di bahagian barat
 
12.          Berapakah panjang tembok tersebut?
A.     Lebih kurang dua ribu lima ratus kilometer
B.     Hampir kepada dua ribu lima ratus kilometer
C.     Kurang daripada dua ribu lima ratus kilometer
D.     Lebih daripada dua ribu lima ratus kilometer
 
13.          Apakah tujuan tembok besar ini dibina?
A.     Untuk menyatukan rakyat China
B.     Untuk mengongkong rakyat China
C.     Untuk menyekat kemaraan orang Monggolia
D.     Untuk mendekatkan orang Monggolia
 
14.          Semua pernyataan di bawah membuatkan tembok besar merupakan tembok yang istimewa kecuali
A.     tembok yang terpanjang di dunia.
B.     kerja-kerja pembaikan tembok sedang dijalankan.
C.     dapat disaksikan dari bulan.
D.     telah lama dibina tetapi masih kukuh
 
15.          Kata perintah dalam petikan bermaksud
A.     kehendak
B.     arahan
C.     ikutan
D.     keikhlasan
 
Soalan 16 hingga 20
Baca puisi di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
 
Malam itu sungguh dingin,
sunyi sepi tanpa irama cengkerik,
yang sering menghiburkan,
aku berdiri keseorangan,
   jendela,                                               
menjenguk masa depanku.
 
Dua purnama yang lalu ayahku pergi,
buat selama-lamanya,
kini, satu-satunya tempat bermanja
menyusul pergi,
pergi seperti ayah.
 
Tanpa aku sedari,
titis-titis jernih mengalun pipiku,
mengenangkan nasib,
yang terumbang-ambing,
tiada tempat mengadu.
 
Apa yang tinggal kini,
pondok buruk dan sesuap nasi,
namun aku ingin terus hidup.
 
 
16.          Bagaimanakah keadaan malam yang digambarkan oleh penyajak?
A.     Tidak ada bulan dan bintang
B.     Sunyi sepi dan sejuk
C.     Muram dan sedih
D.     Gelap-gelita dan sunyi sepi
 
17.          Mengapakah penyajak berdiri di tingkap keseorangan?
A.     Tiada siapa yang ingin menemaninya
B.     Dia sedang berkhayal
C.     Dia memikirkan masa depannya yang tidak menentu
D.     Dia berasa sedih
 
18.          Bilakah ayah penyajak meninggal dunia?
A.     Dua bulan sebelum ibunya meninggal dunia
B.     Dua bulan selepas ibunya meninggal dunia
C.     Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia
D.     Dua tahun selepas ibunya meninggal dunia
 
19.          Penyajak merupakan…….
A.     anak yatim.
B.     anak kesayangan keluarganya.
C.     anak ya.tim piatu
D.     pelajar.
 
20.          ‘Namun aku ingin terus hidup’ bermaksud
A.     Penyajak tidak mahu mati.
B.     penyajak ingin melupakan peristiwa itu.
C.     penyajak berasa amat kecewa.
D.     penyajak ingin terus berusaha mengharungi kehidupan dengan tabah.
 
Soalan 21 hingga 25
Pilih cadangan jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat-tempat kosong di bawah.
 
                Walaupun Kota Tinggi tidak semaju Johor Bharu tetapi bandar ini terus …….(21)… pesat. Menurut ……..(22)……… sejarah di sinilah wujudnya Johor Lama. Daerah ini banyak memiliki kesan-kesan sejarah tanah air yang menjadi ……….(23)…….. kepada industri ……….(24)…….. Selain industri itu, Kota Tinggi juga menjadi kawasan perkembangan pertanian yang ……(25)…….. rancangan Felda, Risda, dan Felcra.
 
21.          A.              terkembang                           C.             mengembangkan
B.             berkembang                         D.             dikembangkan
 
22.          A.              mencatat                                C.             tercatat
                B.             catatan                                   D.             dicatat
 
23.          A.              ditarik                                      C.             menarik
                B.             tertarik                                     D.             tarikan
 
24.          A.              dilancongi                              C.             pelancongan
B.             melancong                            D.             pelancong
 
25.          A.              rangkumkan                          C.             dirangkumi
                B.             rangkuman                            D.             merangkumi
 
Soalan 26 hingga 37
Pilih jawapan yang paling sesuai.  
 
26.          Orang tua yang berpakaian ............... itu telah dihantar ke rumah kebajikan.
                A.              kotor-motor
                B.             coreng-moreng
                C.             comot-momot
                D.             compang-camping
 
27.          Anjang Aki berjalan ................ sambil memikirkan masalah itu.
                A.              Simpang-siur
                B.             pergi-balik
                C.             lintang-pukang
                D.             mundar-mandir
 
28.          Keadaan hidup Fatimah dan anak-anaknya yang ................. telah mendapat simpati penduduk kampung.
                A.              terkapai-kapai
                B.             terhoyong-hayang
                C.             terumbang-ambing
                D.             terayun-ayun
 
29.          Orang ramai ................... pergi menyaksikan pameran LIMA itu.
                A.              bertali-tali
                B.             bertimbun-timbun
                C.             berbaris-baris
                D.             berduyun-duyun
 
30.          Tidak lama lagi, Malik akan menduduki peperiksaan UPSR .................... , dia sedang sibuk mengulangkaji pelajarannya.
                A.              Walau bagaimanapun
                B.             Lagipun
                C.             Oleh itu
                D.             Sungguhpun
 
31.          Kehidupannya penuh derita, .................... dia tidak mempunyai saudara-mara yang boleh menolongnya.
                A.              dengan itu
                B.             lagipun
                C.             oleh sebab itu
                D.             sungguhpun
 
32.          Kerajaan akan melaksanakan projek itu ................... keadaan kewangan tidak begitu mengizinkan kerana projek itu akan mendatangkan faedah kepada penduduk yang miskin.
                A.              lebih-lebih lagi
                B.             walaupun
                C.             namun
                D.             oleh sebab itu
 
33.          Aiman membaling beberapa ................ batu ke arah anjing itu.
                A.              buku
                B.             ketul
                C.             butir
                D.             buah
 
34.          Pak Abu mengusahakan beberapa ........... sawah yang ditinggalkan oleh arwah                 ayahnya.
                A.              kaki
                B.             buah
                C.             petak
                D.             luas
 
35.          Budak yang ............... itu telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak.
                A.              baik
                B.             garang
                C.             jahat
                D.             sombong
 
36.          Anak jutawan itu telah dicolek oleh sekumpulan .......................
                A.              pencolek
                B.             perompak
                C.             lanun
                D.             pencuri
 
37.          Pak Malau telah ................ beberapa das tembakan ke arah harimau itu
                A.              membiarkan
                B.             melepaskan
                C.             menembakkan
                D.             mengeluarkan
 
 
Soalan 38 hingga 40
Pilih simpulan bahasa yang betul sahaja
 
 
38.          Walaupun saya dengan Aminuddin ................... , tetapi saya jarang bercakap dengannya.
                A.              getah-getah bacang
                B.             ada hati
                C.             bau-baqu bunga
                D.             bau-bau bacang
 
39           Setelah enam tahun berkahwin, baru kini pasangan suami isteri itu dikurniakan seorang ....................
                A.              anak buah
                B.             anak angkat
                C.             mata air
                D.            cahaya mata
 
40.                 Pak Lebai Karim sungguh kedekut dan ................ . Sebab itulah orang kampung                menggelarnya
Pak Lebai Bakhil.
                A.              tangkai jering
                B.             telinga lintah
                C.             telinga kuali
                D.             buruk siku
 
 
Soalan 41 hingga 42
Pilih soalan yang sesuai dengan jawapan yang diberikan
 
41.          Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh pemuda dan pemudi kampung itu.
A.              Bagaimanakah ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh pemuda dan pemudi kampung itu ?
                B.             Siapakah yang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri ?
                C.             Bagaimanakah ketibaan  Timbalan Perdana Menteri ?
D.             Mengapakah ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar ?
 
42.          Mak Munah ialah kakak sulung ayah saya. Sebab itulah saya memanggilnya Mak Long.
                A.              Apakah hubungan antara penulis dengan Mak Munah ?
                B.             Siapakah Mak Munah ?
                C.             Apakah hubungan ayah penulis dengan Mak Munah ?
                D.             Apakah kaitan penulis dengan Mak Munah ?
 
Soalan 43 hingga 44
Pilih jawapan yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
 
43.          i                Orang tua yang hidup melarat itu telah dihantar ke rumah orangt-orang tua.
                ii               Karangan awak ini sudah melarat.
                iii              Penyakit itu telah melarat setiap orang di dalam rumah.
                iv              Bapa tidak melarat untuk mengangkat kayu itu.          
 
                A.              i sahaja
                B.             ii sahaja
                C.             i dan ii
                D.             i dan iv
 
44.          i                Air di Sungai Semerak telah naik melebihi paras bahaya.
                ii               Amin membeli selipar yang tidak paras dengan kakinya.
                iii              Rupa paras yang cantik jelita tidak akan menjamin kebahagiaan.
                iv              Ketinggian budak itu sama paras dengan datuk saya.
 
                A.              i , ii dan iii
                B.             i , iii dan iv
                C.             i , ii dan iv
                D.             ii , iii dan iv
 
Soalan 45 dan 47
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
 
45.          A.              Lelaki tua itu mengusap-usap rambut anaknya sambil berkata, “Oh, anakku, sampai hati
engkau meninggalkan ayah!”
B.             Lelaki tua itu mengusap-usap rambut anaknya sambil berkata,”Oh! anakku. Sampai hati engkau meninggalkan ayah.
C.             Lelaki tua itu mengusap-usap rambut anaknya sambil berkata, “Oh, anakku ! Sampai hati engkau meninggalkan ibu.”
D.             Lelaki tua itu, mengusap-usap rambut anaknya sambil berkata,”Oh, anakku ! Sampai hati engkau meninggalkan ibu.”
 
46.          A.              “Ah! Aku tidak takut akan ugutan samseng itu.” kata Ramlan.
                B.             “Ah, aku tidak takut akan ugutan samseng itu!” kata Ramlan.
                C.             “Ah, aku tidak takut ! akan ugutan samseng itu,” kata Ramlan.
                D.             “Ah! aku tidak takut akan ugutan samseng itu!” kata Ramlan.
 
47.          A.              Amilia meraba-raba saku seluarnya.”Dimanakah wang itu? Mungkin wang itu tercicir?”
kata hatinya.
B.             Amilia meraba-raba saku seluarnya, “Dimanakah wang itu. Mungkin wang itu tercicir?” kata hatinya.
C.                   Amilia meraba-raba saku seluarnya. “Dimanakah wang itu mungkin wang itu tercicir?”
kata hatinya.
D.             Amilia meraba-raba saku seluarnya. “Dimanakah wang itu? Mungkin wang itu tercicir,” kata hatinya.
 
Soalan 48 hingga 50
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.
 
48.          “Jangan kamu sentuh kuih itu selagi kamu tidak mencuci tangan,” kata Cikgu Azuan kepada Sik Kiat.
A.              Cikgu Azuan mendesak Sik Kiat supaya tidak menyentuh kuih itu selagi dia tidak mencuci tangannya.
B.             Cikgu Azuan memberitahu Sik Kiat supaya tidak menyentuh kuih itu selagi dia tidak mencuci tangannya.
C.             Cikgu Azuan melarang Sik Kiat daripada menyentuh kuih itu selagi dia tidak mencuci tangannya.
D.             Cikgu Azuan menyuruh Sik Kiat supaya tidak menyentuh kuih itu selagi dia tidak membasuh tangannya.
 
49.          “Pemilihan untuk pasukan coh dan congkak sekolah akan diadakan pada petang ini,” kata Encik Mazlan.
                A.              Encik Mazlan akan memilih pasukan coh dan congkak petang ini.
B.             Encik Mazlan memberitahu satu pemilihan pasukan coh dan congkak sekolah akan diadakan pada petang ini.
                C.             Encik Mazlan menyuruh pasukan coh dan congkak sekolah datang pada   waktu petang.
D.             Encik Mazlan menyeru murid supaya datang pada waktu petang untuk permainan coh dan congkak.
 
50.          “Permaidani ini dibeli oleh abang di Istanbul,” kata Ameera.
                A.              Ameera telah membeli permaidani di Instanbul.
                B.             Ameera menyuruh abangnya membeli permaidani di Istanbul.
                C.            Ameera memberitahu permaidani itu dibeli oleh abang di Istanbul.
D.                   Ameera dan abangnya telah membeli permaidani itu di Istanbul.
Wanyee/skk3/2000

salam dari

webmaster (wananiq99@hotmail.com)