PPD PASIR PUTEH-BACHOK ADAKAN PERTANDINGAN MELUKIS

PASIR PUTEH, 20 Ogos - Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh / Bachok akan menganjurkan Pertandingan Melukis Sukom 98 sempena Larian Baton Sukan Komenwel pada 31 Ogos 1998 bertempat di ruang legar bangunan Arked MARA Pasir Puteh. Semua murid tadika dan tahap satu dari sekolah rendah di Pasir Puteh dipelawa menyertai pertandingan tersebut. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh/Bachok.

Penyertaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid tadika dan kumpulan murid-murid tahap satu ( 7 - 9 tahun ).Hadiah-hadiah yang menarik disediakan kepada para peserta yang berjaya. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan menerima sehelai baju T Sukom'98 secara percuma.

Borang penyertaan hendaklah dikembalikan dan sampai kepada pengurus pertandingan melukis selewat-lewatnya pada 26 Ogos 1998.

 

 

( ). Siapakah yang menganjurkan Pertandingan Melukis Sukom 98 ?

A. Pejabat Pendidikan Dearah Kota Bharu

B. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh / Bachok

C. Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah / Machang / Jeli

D. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas / Tumpat

 

( ). Bilakah pertandingan melukis itu diadakan ?

A. 20 Ogos 1998

B. 26 Ogos 1998

C. 30 Ogos 1998

D. 31 Ogos 1998

 

( ). Di manakah pertandingan melukis itu diadakan ?

A. Dewan Kompleks Kamil

B. Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh

C. Bangunan Arked Mara

D. Pejabat Pendidikan Daerah

 

( ). Siapakah yang boleh menyertai pertandingan itu ?

A. Murid-murid tadika dan tahap satu di Pasir Puteh

B. Semua murid sekolah rendah di Kelantan

C. Semua murid sekolah rendah di Pasir Puteh

D. Murid-murid yang mengikuti Larian Baton Sukom 98

 

( ). Maksud bagi perkataan dipelawa dalam petikan ialah

A. dijemput

B. dibuang

C. diwajib

D. dikehendaki