Make your own free website on Tripod.com

Menulis surat kiriman tidak rasmi

Beberapa perkara yang perlu diingat sewaktu hendak menulis karangan ialah mencatat isi isi penting tentang tajuk yang hendak ditulis Setiap karangan hendaklah mempunyai pengenalan, isi dan penutup.

Pada minggu ini, perbincangan kita ialah tentang menulis surat kiriman tidak rasmi. Karangan jenis ini ialah karangan berformat. Oleh itu aspek format penulisan surat berkenaar perlu diberi perhatian.

Soalan:

Anda tinggal di sekolah ber-asrama Tuliskan sepucuk surat kepada bapa anda untuk meminta kebenaran menyertai satu lawat an sambil belajar ke Pulau Pinang yang dianjur kan oleh sekolah anda. Jelaskan juga anda memerlukan wang untuk perbelanjaan semasa lawatan itu. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

A) Langkah pertama ialah mencatat isi-isi penting.

a) Pendahuluan- alamat pengirim -.tarikh surat ditulis
b) Ucap selamat - berharap semua ahli keluarga dalam keadaan sihat - tujuan menulis surat tujuan lawatan - harapan berikutan lawatan itu - perbelanjaan
c) Penutup- sampaikan salam kepada semua ahli keluarga

B) Langkah kedua ialah menulis surat kiriman tidak rasmi berdasarkan isi-isi penting dan mengikut formatnya.

Sek. Keb. Kamil 3
Jalan SMK Kamil
16800 Pasir Puteh
Kelantan.

20 September 1996

Ke hadapan ayahandaku semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping keluarga.

Bagaimana dengan bonda, adinda Aniq dan Haziqie? Anakanda berharap semuanya sihat. Anakanda di sini baru sahaja selesai ujian bulanan.

Ayahanda,
Tujuan anakanda menulis warkah ini ialah untuk meminta kebenaran ayahanda bagi menyertai satu lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang pada 15 Oktober 1996.

Lawatan selama dua hari itu dianjurkan oleh pihak sekolah. Tujuannya ialah mendedahkan kepada murid-murid tentang tempat-tempat menarik dan bersejarah di negeri berkenaan.

Harapan anakanda, lawatan itu nanti dapat memberi banyak pengalaman baru. Seperti kata orang, jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pula pengalaman.

Anakanda juga ingin memohon ayahanda kirimkan sedikit wang untuk perbelanjaan semasa lawatan itu.

Sampai di sini sahaja warkah anakanda kali ini. Sehingga berjumpa lagi, sampaikan salam anakanda kepada bonda dan adinda.

Wassalam.

Anakanda,

Wan Mohamad Amzar Syahmi

…………………………..


Soalan latihan

Arahan: Setiap karangan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Tulis sepucuk surat kepada abang atau kakak anda yang bekerja di bandar. Nyatakan dalam surat tersebut bahawa anda dan keluarga akan datang ke rumah merekea pada cuti sekolah nanti.

2. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat lama anda dan menjemputnya ke majlis kenduri perkahwinan kakak anda.

3. Seroang sahabat pena anda dari Sabah telah menulis surat kepada anda dan memberitahu anda bahawa dia akan datang bercuti di rumah anda. Sila jawab surat sahabat pena anda itu.