BUNGA RAYA

Bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Bunga raya dipilih sebagai lambang kebangsaan kerana bunga ini memang telah dikenali oleh seluruh penduduk Malaysia.

Bunga raya mempunyai banyak kegunaan terutama dalam bidang perubatan. Dipercayai bahawa akar daripada pokok bunga ini boleh menyembuhkan demam. Penyakit kulit juga boleh disembuhkan dengan menyapukan jus yang diambil daripada daun dan akarnya.

Pokok bunga raya senang ditanam sama ada di dalam pasu atau di atas tanah. Bunga ini juga mudah di temui di negara kita dan juga mempunyai pelbagai warna. Bunga raya yang mempunyai lima kelopak dan berwarna merah telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga raya juga melambangkan kedamaian dan kemakmuran bagi seluruh rakyat di negara ini.

 

( ). Bunga apakah yang menjadi lambang kebangsaan ?

A. Bunga Teratai

B. Bunga Kemboja

C. Bunga Orkid

D. Bunga Raya

 

( ). Apakah kegunaaan akar pokok bunga raya ?

A. Untuk menyembuhkan luka

B. Untuk menguruskan badan

C. Untuk menyembuhkan demam

D. Untuk mencantikkan kulit dan rambut

 

( ). Dengan apakah untuk merawat penyakit kulit ?

A. Akar pokok bunga raya

B. Jus dari daun dan bunga raya

C. Batang hijau bunga raya

D. Buah pokok bunga raya

 

( ). Bunga raya yang manakah yang dipilih sebagai bunga kebangsaan ?

A. Mempunyai lima kelopak dan berwarna putih

B. Mempunyai enam kelopak dan berwarna merah

C. Mempunyai lima kelopak dan berwarna merah

D. Mempunyai tiga kelopak dan berwarna merah

 

( ). Maksud perkataan kedamaian dalam petikan ialah

A. keamanan

B. kekacauan

C. kebisingan

D. kehancuran