PASIR PUTEH, 25 Ogos - Lima orang terbunuh sementara dua orang lagi cedera parah dalam satu kemalangan ngeri di sini pada awal pagi tadi. Kemalangan yang melibatkan sebuah van dan lori itu dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu dan lori mengawal kenderaannya.

Kelima-lima yang terbunuh itu dikenali sebagai Toh Kam Wei,56 tahun; Toh Kam Suei,34 tahun; Toh Lam Pat, 24 tahun; Mohamad Idris,35 tahun (pemandu lori ) dan Murugan a/l Muthusamy, 32 tahun. Mereka yang cedera masih belum dikenali dan kini dirawat di Hospital Pasir Puteh.

Pihak polis akan menyaisat dengan lebih terperinci punca yang menyebabkan kemalangan ngeri ini berlaku. Pihak polis juga meminta orang ramai supaya berhati-hati semasa di jalan raya kerana jalan raya bukanlah medan perlumbaan.

 

( ). Di manakah kemalangan ngeri ini berlaku ?

A. Kota Bharu

B. Pasir Puteh

C. Tanah Merah

D. Gua Musang

 

( ). Berapa orangkah yang cedera parah ?

A. Dua orang

B. Tiga orang

C. Empat orang

D. Lima orang

 

( ). Bagaimanakah keadaan pemandu lori tersebut ?

A. Cedera ringan sahaja

B. Meninggal dunia

C. Cedera parah

D. Sihat

 

( ). Apakah nasihat yang dikeluarkan oleh pihak polis ?

A. Pandulah kenderaan dengan sesuka hati

B. Pandulah kenderaan dengan laju

C. Pandulah kenderaan dengan berhati-hati

D. Pandulah kenderaan dengan menoleh ke kiri dan ke kanan

 

( ). Erti bagi perkataan ngeri dalam petikan ialah

A. mendebarkan

B. menyedihkan

C. mengembirakan

D. menakutkan