Menulis surat kiriman tidak rasmi
Beberapa perkara yang perlu diingat sewaktu
hendak menulis karangan ialah mencatat isi isi penting tentang tajuk yang hendak ditulis
Setiap karangan hendaklah mempunyai pengenalan, isi dan penutup.
Pada minggu ini, perbincangan kita ialah
tentang menulis surat kiriman tidak rasmi. Karangan jenis ini ialah karangan berformat.
Oleh itu aspek format penulisan surat berkenaar perlu diberi perhatian.
Soalan:
Anda tinggal di sekolah ber-asrama Tuliskan
sepucuk surat kepada bapa anda untuk meminta kebenaran menyertai satu lawat an sambil
belajar ke Pulau Pinang yang dianjur kan oleh sekolah anda. Jelaskan juga anda memerlukan
wang untuk perbelanjaan semasa lawatan itu. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
A) Langkah pertama ialah mencatat isi-isi
penting.
a) Pendahuluan- alamat pengirim -.tarikh
surat ditulis
b) Ucap selamat - berharap semua ahli keluarga dalam keadaan sihat - tujuan menulis surat
tujuan lawatan - harapan berikutan lawatan itu - perbelanjaan
c) Penutup- sampaikan salam kepada semua ahli keluarga
B) Langkah kedua ialah menulis surat kiriman
tidak rasmi berdasarkan isi-isi penting dan mengikut formatnya.
20 September 1996 Ke hadapan ayahandaku semoga berada
dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping keluarga. Bagaimana dengan bonda, adinda Aniq
dan Haziqie? Anakanda berharap semuanya sihat. Anakanda di sini baru sahaja selesai ujian
bulanan. Ayahanda, Lawatan selama dua hari itu dianjurkan
oleh pihak sekolah. Tujuannya ialah mendedahkan kepada murid-murid tentang tempat-tempat
menarik dan bersejarah di negeri berkenaan. Harapan anakanda, lawatan itu nanti
dapat memberi banyak pengalaman baru. Seperti kata orang, jauh perjalanan luas pandangan
dan banyak pula pengalaman. Anakanda juga ingin memohon ayahanda
kirimkan sedikit wang untuk perbelanjaan semasa lawatan itu. Sampai di sini sahaja warkah anakanda
kali ini. Sehingga berjumpa lagi, sampaikan salam anakanda kepada bonda dan adinda. Wassalam.
|
Soalan latihan
Arahan: Setiap karangan panjangnya mestilah
tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
1. Tulis sepucuk surat kepada abang atau
kakak anda yang bekerja di bandar. Nyatakan dalam surat tersebut bahawa anda dan keluarga
akan datang ke rumah merekea pada cuti sekolah nanti.
2. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat lama
anda dan menjemputnya ke majlis kenduri perkahwinan kakak anda.
3. Seroang sahabat pena anda dari Sabah telah
menulis surat kepada anda dan memberitahu anda bahawa dia akan datang bercuti di rumah
anda. Sila jawab surat sahabat pena anda itu.